Kerajaan Selangor salur baucar RM200 untuk warga emas di Klang


  • Primer
  • Rabu, 05 Feb 2025

Kerajaan Selangor memberi baucar tersebut menerusi program SMUE sempena Tahun Baharu Cina. — The Star

SERAMAI 550 warga emas di Bandar Baru Klang, Selangor menerima baucar Jom Shopping di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Kerajaan Selangor sempena Tahun Baharu Cina.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kualiti hidup warga emas yang memerlukan termasuk melalui pengagihan baucar beli-belah sebanyak RM200.

Ahli Majlis Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru Klang, Dr Quah Perng Fei berkata, warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun dan berdaftar di negeri itu dengan pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah layak menerima baucar tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Masuk hutan 'waktu terlarang', pempengaruh wanita Malaysia hilang lepas buat aktiviti paranormal di Bandung

BACA LAGI: [VIDEO] Muka tersembam atas trek, juara dunia MotoGP kemalangan di litar Sepang

6131930598571361374

Baucar tersebut diberikan khas buat warga emas di negeri tersebut. — Gambar hiasan/Jabatan Pendaftaran Negara

Katanya, baucar SMUE hanya boleh dituntut sekali setahun dan untuk kegunaan di premis ditetapkan.

Beliau pada masa sama berharap bantuan itu akan membantu penerima menyambut perayaan itu dengan lebih meriah.

SMUE bertujuan membantu kumpulan berpendapatan rendah dan memerlukan di semua 56 kawasan sekitar Selangor di mana dianggarkan 23,400 baucar diagihkan untuk perayaan tersebut. — The Star/EDWARD RAJENDRA DAN LEE JUNE LING

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram