![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/05/3153150.jpg)
PEMPENGARUH media sosial Malaysia yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Gadis berusia 22 tahun itu masuk ke dalam hutan pada Isnin lalu untuk melakukan aktiviti paranormal bersama rakan-rakannya.
Namun, ketua kumpulan yang juga pempengaruh media sosial dikenali sebagai Ammar Nazhan memberitahu bahawa wanita itu tidak ditemui sehingga Rabu.
BACA LAGI: Pandangan ibu Zayn Rayyan seperti kosong, tiada perasaan ketika disoal di mahkamah
BACA LAGI: [VIDEO] Muka tersembam atas trek, juara dunia MotoGP kemalangan di litar Sepang
"Ketika itu lebih 20 orang telah menyertai rombongan itu tetapi hanya tujuh orang termasuk Eyka yang memasuki hutan.
"Kami menyedari dia hilang kira-kira pukul 2 pagi Isnin selepas melakukan ‘aktiviti paranormal’ di dalam hutan.
"Dia adalah satu-satunya wanita yang masuk ke dalam hutan dan dia juga sedang haid ketika itu," katanya.
Susulan itu, laporan polis dibuat selepas 48 jam mengikut peraturan di negara itu.
"Sebelum membuat laporan kami juga cuba mencari sendiri.
"Malah, penduduk kampung berhampiran, polis dan tentera turut terlibat dalam pencarian.
"Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang maklumat terkini," kata Ammar sambil menambah bahawa keluarganya sudah dimaklumkan tentang kehilangannya. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram