
CARUMAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan ditetapkan pada kadar dua peratus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar itu adalah sangat rendah dan tidak membebankan majikan berbanding cadangan asal pada kadar 12 peratus.
"Kadar caruman KWSP pekerja asing adalah dua peratus dan kadar itu akan dikekalkan hingga situasi lebih baik," katanya dalam ucaptama sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) pada Isnin.
BACA LAGI : [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas
BACA LAGI : [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar sebelum ini dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata kerajaan komited untuk memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Beliau berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP.
Katanya, cadangan itu akan dilaksanakan secara berfasa. — The Star/KHOO GEK SAN/HO JIA WEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
MENYUSUL...