KTMB Lembah Klang tawar tambang percuma 2 hari sempena Thaipusam


  • Primer
  • Selasa, 04 Feb 2025

Perkhidmatan tambang percuma itu ditawarkan khas buat penumpang KTM Lembah Klang bermula Isnin depan. — Gambar hiasan/The Star

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari bersempena sambutan perayaan Thaipusam bermula 10 Februari nanti (Isnin).

Ia ditawarkan khas buat penumpang KTM Komuter Lembah Klang dan akan beroperasi selama 24 jam bagi tempoh empat hari bermula Ahad ini dengan menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG).

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan diubah dan beroperasi mengikut jadual perjalanan penuh sepanjang sambutan berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pertaruh nyawa sendiri, bapa sanggup jadi 'perisai' selamatkan anak dirempuh kereta di selatan Thailand

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas hina isteri Khabib 'tuala', Conor McGregor ludah muka fans di kasino Las Vegas

5979700799934148617

Perkhidmatan itu ditawarkan selama dua hari sempena Thaipusam. — The Star

Katanya, perubahan jadual sementara akan berlaku susulan kerja menaik taraf di bawah projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2).

Bagaimanapun, sebanyak 118 laluan di bawah perkhidmatan tambahan disediakan selama empat hari sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 494 perjalanan sepanjang tempoh sambutan berkenaan.

"Perkhidmatan tren tambahan ini akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari, dengan waktu perkhidmatan seawal jam 9:55 malam bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves, dan seawal pukul 9:30 malam bagi tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves.

"Bagi pengguna dari KL Sentral pula, perkhidmatan tren tambahan akan diselang antara perhidmatan sedia ada bermula dari pukul 11 pagi, menjadikan kekerapan lebih baik iaitu setiap 30 minit berbanding sejam pada hari biasa.

"Orang ramai juga diingatkan supaya menyediakan kad debit, kredit atau Touch 'N Go untuk memudahkan serta melancarkan transaksi tanpa tunai bagi pembelian tiket perjalanan sepanjang tempoh perayaan ini.

"Tiket imbasan kod QR fizikal juga disediakan dan boleh diperoleh di kaunter tiket, bertujuan memastikan proses transaksi berjalan dengan lancar sepanjang tempoh berkenaan," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad melalui RapidKL dan RapidPenang turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau memberitahu bahawa sebanyak 30 bas dari Hab Bandar Pasar Seni, LRT Gombak dan MRT Kampung Batu ke Batu Caves dengan frekuensi setiap 10 minit pada Isnin dan Selasa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram