
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kadar kenaikan tarif elektrik hanya akan membabitkan industri, yang akan berlaku mengikut kaedah Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) mulai Julai depan.
Memetik laporan Berita Harian, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar kenaikan itu tidak akan membabitkan 85 peratus rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mendakwa kerajaan bertindak secara 'flip flop' dalam isu kenaikan tarif elektrik.
BACA LAGI : [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas
Jelasnya, kenaikan tarif berkenaan melibatkan industri dan golongan kaya mengikut kaedah Ketidakseimbangan ICPT.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kadar kenaikan tarif elektrik hanya akan membabitkan industri, yang akan berlaku mengikut kaedah ICPT mulai Julai depan.
Menurut beliau lagi, kadar kenaikan yang dinyatakan beliau dalam satu majlis pada Isnin itu adalah maklum balas kepada ucapan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Ng Yih Pyng, berhubung kenaikan tarif kepada industri.
"Saya beri maklum balas kepada permohonan beliau. Faham tak? Bukan kepada negara, bukan kepada rakyat.
"Saya kata, kenaikan itu pun tidak sampai 14 peratus seperti diumumkan, maknanya saya respons kepada industri kerana kenaikan tarif ini kepada industri dan golongan maha kaya. Kita pertahankan ini, apa dia?
"Kalau tidak cukai pada orang kaya, nak tambah peruntukan untuk sekolah, hospital, dari mana wangnya?
"Jadi kita kena terima kenyataan, kenaikan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya dan saya kata, kita tidak tolak ansur dan terpaksa naikkan tetapi tidak membabitkan 85 peratus rakyat.
"Dengar betul-betul. Ini dengar dengan sentimen marah. Ini penyakit marah, bukan penyakit fakta ekonomi," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram