Kenaikan 14 peratus tarif asas elektrik di Semenanjung tak benar — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 03 Feb 2025

Tiada kenaikan tarif elektrik sebanyak 14 peratus.

TIADA kenaikan tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 14 peratus bermula Julai ini, memetik laporan The Star.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan tetap akan berlaku tetapi dengan jumlah lain selepas semakan dilakukan semula.

Katanya, kenaikan tarif elektrik perlu berlaku mengambil kira kapasiti dan harga mengikut tempoh tertentu.

BACA LAGI: Bukan lagi tiga jam, masa menunggu di klinik kesihatan kini 30 minit — Dr Dzulkefly

BACA LAGI: Kadar caruman KWSP pekerja asing 2 peratus, dikekalkan hingga situasi lebih baik — PM Anwar

474869449_1192804175534481_614903525980098032_n

Anwar berkata, semakan semula akan dilakukan kepada tarif elektrik baharu di Semenanjung. — Facebook/Anwar Ibrahim

"Mengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik bukan 14 peratus. Tidak.

"Seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.

"Kita bersedia untuk mendengar (pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik). Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru saja semak dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya saya tidak tersilap fakta," jelas Anwar.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia akan dinaikkan kepada 45.62 sen sekilowatt-jam (kWj) berbanding harga semasa 39.95 sen/kWj bermula Julai tahun ini.

Jumlah semasa itu kekal digunakan selama dua tahun dalam Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) bermula 2022 hingga 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram