Bukan lagi tiga jam, masa menunggu di klinik kesihatan kini 30 minit — Dr Dzulkefly


  • Primer
  • Isnin, 03 Feb 2025

Masa menunggu di klinik kesihatan berjaya dikurangkan secara signifikan. — The Star/NORAFIFI EHSAN

MASA menunggu bagi mereka yang mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan berjaya dikurangkan daripada tiga jam kepada 30 minit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu berjaya dicapai menerusi agenda mentransformasikan perkhidmatan kesihatan awam secara digital.

Selepas melakukan pendigitalan terhadap beberapa perkhidmatan kesihatan yang utama, masa menunggu yang sering membebankan rakyat berjaya dikurangkan secara signifikan.

BACA LAGI: Klinik kesihatan 1960-an di Muar dinaik taraf, beroperasi di dewan serba guna sementara waktu

BACA LAGI: Swing For Health, kaedah kreatif Klinik Dr Najwa tingkat kesedaran penjagaan kesihatan di lapangan golf

"Kami telah mendigitalkan perkhidmatan kesihatan yang utama, mengurangkan masa menunggu di klinik penjagaan primer daripada tiga jam kepada 30 minit.

"Jumlah klinik juga sudah bertambah daripada 107 dari tahun 2007 hingga 2022 kepada 159 pada 2024.

"Awal tahun ini sahaja, jumlah itu meningkat kepada 48.6 peratus dan 2025 akan menjadi tahun pelaksanaan. Sekarang, ia adalah masa untuk kami mengotakan janji," kata Dzukefly.

475795374_1199328748218590_3475053788177364186_n

Dzukefly (kiri) komited mentransformasikan kesihatan awam di Malaysia. — Facebook/Dr Dzulkefly Ahmad

Mac lalu, Dr Dzukefly memberitahu Dewan Rakyat yang kementeriannya dalam usaha menyasarkan untuk melakukan transformasi digital terhadap perkhidmatan kesihatan di negara dalam tempoh empat hingga lima tahun mendatang.

Antara inisiatif dilakukan adalah melihat semula sistem digital sedia ada di kementerian kesihatan, melakukan formulasi kepada strategi pendigitalan baharu seiring dengan kemajuan teknologi hari ini.

Ia juga termasuk melaksana dan memantau setiap inisiatif yang dirancang secara berkesan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram