[VIDEO] Pesawat ringan terhempas tengah bandar, 6 penumpang termasuk kanak-kanak parah di Philadelphia


  • Benua
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Tangkap layar kejadian pesawat terhempas yang berlaku di tengah bandar Philadelphia, AS pada Jumaat.

SEBUAH pesawat ringan jenis Learjet 55 dilaporkan terhempas di kasawan perumahan berhampiran Philadelphia, Amerika Syarikat pada Jumaat malam.

Difahamkan, pesawat berkenaan dalam misi pengangkutan perubatan dan membawa seramai enam penumpang termasuk doktor serta pesakit kanak-kanak.

Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan angka kematian namun dia meminta orang ramai berdoa agar kesemua yang terlibat dalam keadaan baik.

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes budak baling mercun dalam lubang pembentung sampai meletup jalan, kereta

BACA LAGI: Pemandu 4WD dikhuatiri lemas, kereta terjunam longkang dalam banjir di Sibu

"Jika anda melihat serpihan, hubungi 911, jangan sentuh apa-apa," katanya.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas beberapa blok dari pusat membeli-belah Roosevelt Mall yang terdiri daripada kawasan padat penduduk di bandar Philadelphia.

Menurut jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat jenis Learjet 55 itu dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Timur Laut Philadelphia sebelum terhempas pada jarak kurang daripada 6.4 kilometer dari lapangan terbang berkenaan.

Kejadian nahas itu mengakibatkan beberapa rumah terbakar setelah dirempuh pesawat tersebut dan seterusnya menyebabkan berlaku letupan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram