SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat rodanya terjunam ke dalam longkang Jalan Ling Kai Cheng, Sibu, Sarawak yang dinaiki air banjir pada Jumaat.
Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Wong Sing Ang, 53, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada lewat malam Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kenderaan itu kira-kira pukul 12.12 pagi Sabtu.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur
Katanya, jalan itu dinaiki air setinggi satu meter dan kedalaman longkang antara tiga hingga empat meter.
"Seramai 16 anggota bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat namun, tugas pencarian itu terpaksa dihentikan pukul 2.22 pagi demi keselamatan anggota bomba," katanya.
Setakat ini, pihak bomba berjaya menemukan sebuah beg dipercayai milik mangsa dan operasi diteruskan pada pagi Sabtu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram