SEORANG lelaki berusia 20 tahun menemui ajal selepas terkena renjatan elektrik ketika membaiki kabel rangkaian WiFi.
Kejadian ngeri itu berlaku pada Rabu sekitar pukul 9.00 pagi (waktu tempatan) di Desa Gondanglegi, Kecamatan Prambon, Indonesia.
Ketua Perhubungan Awam Polis Nganjuk, Asisten Komisioner Supriyanto berkata, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik ketika itu sedang memasang kabel Wi-Fi untuk pelanggannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara berebut angpau, 4 maut sesak nafas kena himpit di Kemboja
BACA LAGI: Gara-gara nak elak jalan tak rata, ibu dan bayi dalam 'stroller’ nyaris digilis bas di Brazil
Sewaktu berada di atas tiang telekomunikasi, mangsa tidak sengaja tersentuh kabel yang membawa aliran elektrik berkuasa tinggi sehingga menyambar tubuhnya dengan kuat.
Dalam sekelip mata, tubuh mangsa terkejang, terhentak dan bergoyang akibat renjatan elektrik yang menyambar.
Rakaman video detik-detik tragis tersebut turut menjadi tular di aplikasi WhatsApp.
Video berdurasi satu minit itu memaparkan mangsa yang berada dalam keadaan berdiri tersangkut pada kabel rangkaian telekomunikasi.
Penduduk awam yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu menjerit dan memandang dalam keadaan ketakutan susulan tidak mampu bertindak untuk menyelamatkan nyawa mangsa.
Selepas menerima maklumat, pihak berkuasa seperti Polis Prambon, Pasukan Inafis Polis Nganjuk, pegawai Syarikat Elektrik Negeri dan petugas perubatan Pusat Kesihatan Prambon bergegas ke lokasi kejadian.
Pihak Syarikat Elektrik Negeri bertindak pantas mematikan bekalan elektrik untuk menghentikan renjatan tersebut, namun, malangnya nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram