TINDAKAN seorang budak lelaki membaling mercun ke dalam sebuah tangki pembetung mengundang padah apabila mencetuskan letupan besar di Daerah Zizhong, Wilayah Sichuan, China pada Khamis.
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak berusia 10 tahun itu disyaki sengaja mencampakkan mercun ke dalam lubang tangki septik berhampiran kawasan tempat letak kereta tersebut.
Akibatnya, sebuah kereta dilaporkan meletup dengan beberapa buah lagi kenderaan lain mengalami kerosakan teruk akibat insiden berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Buaya dikesan ketika banjir, warga Bintulu dinasihat pantau anak-anak
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas malam Tahun Baharu Cina, rider superbike jadi mangsa langgar lari di Nilai
Tiada sebarang kecederaan direkodkan dengan kesemua kereta terjejas tidak dipandu atau dinaiki individu ketika kejadian.
TRIGGER WARNING
Another case of a kid throwing firecrackers into the sewerage in China pic.twitter.com/xFIQqwk6u6
— @ (@anthraxxx781) January 30, 2025
Tular di laman sosial, pihak polis kemudiannya terus bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan pelaku kira-kira sejam selepas insiden.
Terdahulu, satu kejadian serupa dilaporkan berlaku pada Isnin lalu membabitkan seorang gadis remaja yang turut mencetuskan letupan mercun sehingga mengakibatkan kereta terbakar di China.
Pada 2023, seorang kanak-kanak dilaporkan maut akibat membaling mercun pada lubang kumbahan sampah yang juga memusnahkan beberapa buah kenderaan.
Bertindak balas atas kejadian yang berlaku baru-baru ini, pasukan Bomba dan Penyelamat China telah mengeluarkan pelbagai amaran keselamatan yang menekankan bahaya penggunaan mercun tanpa pengawasan terutamanya di musim perayaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram