Tipu isteri Along Cham hampir RM100,000: Pasangan suami isteri dicekup di Salak Tinggi


  • 112
  • Khamis, 30 Jan 2025

Isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi (kanan) mendakwa ditipu lebih RM95,000.

POLIS menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an susulan didakwa terpalit kes penipuan berjumlah RM95,180 membabitkan isteri pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan berkenaan ditahan pada Rabu kira-kira pukul 10 malam.

BACA LAGI: Dibenar ikat jamin RM5,000 miliki dadah jenis ganja, Along Cham sujud syukur

BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 6 suspek tetak 2 lelaki, ceroboh rumah tak berkunci di Subang Jaya

"Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor dan akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, polis telah merekodkan keterangan tiga individu termasuk isteri Along Cham, Afreena Suhaimi.

Terdahulu, Afeena dilaporkan membuat laporan polis mendakwa dia ditipu sebanyak RM95,180, yang merupakan dana digunakan untuk mengurangkan pertuduhan terhadap suaminya.

Hussein berkata, mangsa yang merupakan pekerja syarikat penerbangan, bertemu suspek pada Disember tahun lepas untuk membincangkan kes mahkamah suaminya.

“Suspek bertemu mangsa beberapa kali dan meyakinkannya bahawa dia boleh membantunya menyelesaikan masalah itu.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun itu beberapa kali bertemu mangsa dan meyakinkannya boleh membantu menyelesaikan kes dihadapi.

“Mangsa akhirnya bersetuju dan memindahkan sejumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang disediakan suspek,” katanya.

Menyedari suspek tidak menunaikan janjinya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Kajang pada 28 Januari dan kertas siasatan telah dibuka untuk meneliti kes tersebut.

"Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai bekerja sebagai pembekal diesel.

"Kami menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran untuk membantu dalam sebarang kes, rujuk kepada pihak berkuasa sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram