Oren rupanya 'buatan manusia', hasil hibrid 2 jenis buah purba


  • Massa
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Oren ternyata dihasilkan dengan menggunakan proses hibrid antara dua spesies buah purba. — The Star

OREN atau limau mandarin sememangnya buah yang cukup sinonim dengan musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Dengan anggaran 48 juta tan buah itu ditanam pada 2024, oren merupakan antara buah paling popular di dunia.

Meskipun ramai menganggap jus oren sebagai makanan ruji sarapan yang sihat, namun tahukah anda bahawa ia sebenarnya bukan buah semula jadi.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis berjaya tahan suami hilangkan diri lepas tampar isteri dalam pusat beli-belah di Sepang

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi balik kampung isteri, rumah diserang 2 lelaki misteri ambil upah RM200 buat kacau di Kluang

6123165485148259941 (1)

Dua jenis buah yang melalui proses hibrid sebelum terhasilnya oren.

Oren sebenarnya adalah 'buatan manusia' yang dihasilkan dengan proses hibrid antara dua spesies buah purba iaitu pomelo (sitrus maxima) dan mandarin (citrus reticulata).

Proses tersebut juga menghasilkan ciri-ciri tersendiri oren seperti rasa manis dan kulit yang mudah dikupas.

Ia ternyata menjadi teknik utama dalam industri pertanian selama beberapa dekad lalu untuk meningkatkan hasil tanaman rasa serta daya tahan terhadap penyakit.

Dalam konteks itu, proses itu juga mencipta varieti baharu dengan mengambil ciri induknya iaitu kemanisan mandarin serta saiz dan ketahanan buah pomelo yang lebih besar.

Asal-usul sebenar proses tersebut bagaimanapun dipercayai di Asia Tenggara yang merangkumi selatan China dan Utara India.

Walaupun fakta bahawa oren bukan buah semula jadi, namun, terdapat lagi buah lain yang dihasilkan dengan proses sama oleh para petani.

Antara lainnya adalah pisang dan epal yang sudah diubah dengan ketara selama bertahun-tahun melalui pembiakan terpilih. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram