
SEKUMPULAN kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak tidak terkejut apabila menemukan mayat tanpa identiti terapung di saluran air berhampiran sebuah kampung di Samut Sakhon, Thailand pada Selasa.
Kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak terbabit sedang mengambil bola yang melantun jauh ke lokasi terbabit.
Dek rasa ingin tahu yang tinggi, mereka bertindak mencucuk objek pelik yang terapung sebelum menyedari bahawa ia adalah mayat.
BACA LAGI: Jalan hidup kita pilih akhirnya bawa ke tempat memang sesuai dengan jiwa kita — Staf MBPJ
Sekumpulan kanak-kanak yang menemukan mayat tersebut tanpa sengaja ketika bermain bola sepak. — Agensi
Mereka kemudiannya berlari dan memberitahu penduduk kampung tentang penemuan mengejutkan itu.
Dalam kejadian sama, polis mendapati, identiti mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana tiada kepala, lengan serta sudah mereput.
Menurut polis, hanya rangka badan dari leher hingga bawah kaki yang masih kekal.
Pihaknya juga menemui beberapa cebisan daging dan organ dalaman yang sudah reput tergantung pada tulang.
Keadaan mayat itu juga hanya berseluar pendek dan kain lusuh.
Justeru, polis mengesyaki bahawa mangsa meninggal dunia beberapa bulan lalu.
Polis bagaimanapun memaklumkan, tiada sebarang kehilangan individu dilaporkan sebelum kejadian.
Namun, pihaknya percaya, mayat mungkin hanyut dari lokasi lain dan tersangkut di saluran tersebut.
Mayat kemudiannya dihantar ke unit forensik hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mengenal pasti identitinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram