
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menggunakan teknologi blokchain dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi dan penyiasatan untuk memerangi taktik rasuah yang semakin canggih.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menekankan bahawa kemajuan teknologi itu diperkenalkan bagi membanteras jenayah rasuah yang kompleks.
Azam berkata, cabaran itu termasuk jenayah siber seperti penipuan mata wang kripto dan penyalahgunaan AI yang lebih sukar dikesan.
Pegawai SPRM disediakan latihan khusus dalam penggunaan teknologi tersebut. — SPRM
Katanya, kemajuan teknologi sebenarnya boleh dimanfaatkan iaitu dengan penggunaan AI termasuk daripada aspek analisis data serta teknologi blockchain.
"Blockchain digunakan untuk memastikan rekod transaksi tidak berubah, manakala AI dapat meningkatkan analisis data serta membolehkan pengesanan corak penipuan dan penyelewengan kewangan.
"Pegawai SPRM kini dilengkapi dengan alat forensik termaju dan pelbagai perisian data analisis serta menyediakan latihan khusus dalam kewangan, perakaunan, kejuruteraan dan teknologi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, perisikan SPRM, Bahagian Teknologi Forensik (BFT), dan Bahagian Analisis Kewangan (BAK) kini berada di barisan hadapan dalam forensik digital dan penyiasatan kewangan, disokong oleh peralatan dan kepakaran yang canggih.
"Antara inisiatif lain, Makmal Forensik MACC baru-baru ini juga menerima akreditasi ISO/IEC 17025:2017 yang memberi pengiktirafan global terhadap kerja analisis forensiknya dalam bidang teknologi.
"SPRM juga menyokong penggunaan platform digital seperti sistem e-perolehan yang meningkatkan ketelusan dalam pemerolehan awam dan peralihan kepada sistem tanpa tunai untuk membantu mengurangkan rasuah dan salah urus dana awam.
“Sistem seperti ini memastikan subsidi, kebajikan serta gaji dipindahkan terus kepada waris tanpa perantara sekali gus mengurangkan risiko rasuah,” katanya.
Beliau juga menegaskan komitmen SPRM untuk memantau sektor utama termasuk penguatkuasaan undang-undang, pemerolehan awam dan rasuah berat.
Katanya, sejajar dengan Strategi Anti-Rasuah Kebangsaan (NACS) Malaysia yang bertujuan meningkatkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti merentasi pelbagai sektor.
"SPRM amat mementingkan pembangunan berterusan pegawainya dengan mendaftarkan mereka dalam program latihan khusus untuk mengembangkan kepakaran dan kemahiran mereka.
"Peranan penting Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dalam memupuk kepimpinan beretika dan mengukuhkan usaha pencegahan rasuah melalui pendidikan dan kerjasama antarabangsa," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram