POLIS berjaya menahan lelaki tular yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam sebuah pusat beli-belah di Sepang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan bahawa lelaki terbabit ditahan pada Sabtu.
"Suspek ditahan kira-kira pukul 10 pagi. Dia ditangkap di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan, Sepang," katanya pada Sabtu.
BACA LAGI: Adik ipar buat repot, polis Sepang buru suami tampar isteri dalam pusat beli-belah
BACA LAGI: Warga emas maut, putus tangan diserang 11 anjing liar dalam terminal bas di Sabah
Katanya, penahanan itu dibuat susulan aduan polis yang dibuat oleh adik mangsa.
Beliau berkata, pengadu sebelum ini mengesahkan bahawa wanita yang diserang adalah kakaknya yang berusia 35 tahun dan pelakunya ialah suaminya yang berusia dalam lingkungan 50-an.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Terdahulu, polis merekod keterangan seorang wanita yang tular ditampar suaminya dalam kejadian itu.
Norhizam berkata, difahamkan, selepas kejadian itu, lelaki terbabit telah membawa isteri dan anaknya tidur di Nilai, Selangor sebelum menghantarnya pulang.
Kejadian itu juga sempat tular di media sosial apabila video siaran langsung memaparkan seorang wanita ditampar seorang lelaki di khalayak ramai.
Suspek yang juga suami mangsa dilihat sempat bercakap sesuatu sebelum berlalu pergi dari lokasi itu bersama anak mereka. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram