Yayasan St John Ambulans Malaysia terima mesin hemodialisis bernilai RM52,000, rawat pesakit dialisis di Rawang


  • Massa
  • Khamis, 30 Jan 2025

Lee Lam Thye (kiri) menyerahkan sumbangan mesin hemodialisis kepada Ketua Pegawai Operasi Yayasan SJAM-KPS, Yeo Kim Thong.

YAYASAN Eco World telah menyumbangkan sebuah mesin hemodialisis bernilai RM52,000 kepada Yayasan St John Ambulans Malaysia-Kawasan Pantai Selangor.

Mesin tersebut difahamkan akan digunakan di pusat dialisis Rawang, Selangor.

Acara penyerahan itu dihadiri Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pegawai Operasi Yayasan SJAM-KPS (Kawasan Pantai Selangor), Datuk Yeo Kim Thong.

BACA LAGI: Fenomena pelik, kerang terdampar di Terengganu masih selamat dimakan jika dimasak dengan betul — Pakar

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

"Sumbangan ini datang pada waktu yang tepat kerana permintaan dan keperluan ketika ini terlalu mendesak untuk menggantikan peralatan yang sudah uzur.

"Memastikan pesakit menerima rawatan berkualiti tinggi tanpa gangguan adalah keutamaan kami," kata Lee.

Pusat yayasan itu sebelum ini beroperasi dengan tujuh buah mesin hemodialisis dengan setiap satu hanya mampu merawat tiga pesakit sahaja.

Kekurangan dihadapi telah menimbulkan cabaran yang besar buat yayasan berkenaan dengan seramai 20 orang pesakit difahamkan bergantung kepada peralatan tersebut,

Beliau dalam masa sama turut menggalakkan lebih banyak organisasi dan individu berganding bahu menghulurkan bantuan.

"Bersama-sama, kita mampu membuat perubahan besar dalam kehidupan mereka yang sangat memerlukan," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram