MAYAT kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Kota Tinggi pada Isnin ditemukan terapung di Sungai Johor.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kanak-kanak itu dipercayai dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di kawasan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat tekan brek, penunggang wanita merana kaki hancur digilis kereta api di Surabaya
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur
"Operasi mencari dan menyelamat bermula pukul 8.30 pagi menggunakan bot dan tamat sekitar dua jam kemudian.
"Pada pukul 10.20 pagi, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat kanak-kanak terapung di permukaan Sungai Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, mangsa yang berpakaian lengkap itu dikenal pasti oleh ahli keluarganya sendiri.
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam longkang di Kota Tinggi.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika hujan lebat melanda kira-kira pukul 3 petang pada Isnin lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram