MAJLIS Perbandaran Sepang membelanjakan lebih RM1.3 juta untuk membina lorong khas kenderaan mikromobiliti sepanjang 12.78 kilometer (km) di Cyberjaya.
Lorong itu akan dibina di sepanjang Persiaran Semarak Api, Persiaran Bestari, Persiaran Multimedia, Persiaran Ceria dan Lingkaran Cyberpoint Barat/Timur di Cyberjaya.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Muhamad Shah Osmin berkata projek itu, yang siap pada penghujung tahun lepas, telah menjalani ujian oleh Kementerian Pengangkutan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
BACA LAGI: Permohonan belum didengar Mahkamah Tinggi, perbicaraan kes abai Zayn Rayyan diteruskan 3 Februari
BACA LAGI: [VIDEO] Lupa tarik brek tangan, tukar gear P punca kereta EV bergerak sendiri di Vietnam
“Ini adalah lorong khas di jalan raya untuk kegunaan kenderaan mikromobiliti.
"Ia dijangka dilancarkan pada Mei," katanya merujuk kepada kenderaan e-basikal, e-skuter dan basikal.
Tambahnya, penggunaan kenderaan mikromobiliti tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa pada 17 Disember 2021.
“Berdasarkan undang-undang, kenderaan mikromobiliti yang tidak dibenarkan di jalan raya ialah moped, peranti mobiliti peribadi dan alat mobiliti peribadi,” ujarnya.
Projek itu menurutnya adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk meningkatkan mobiliti rendah karbon dan mesra alam.
“Kenderaan mikromobiliti semakin popular, bukan sahaja untuk aktiviti rekreasi tetapi juga sebagai pengangkutan alternatif.
"Reka bentuk kenderaan mikromobiliti adalah kecil, ringan, boleh dilipat, mudah alih dan mudah dibawa bersama," katanya.
Beliau dalam masa sama berharap agar penggunaan kenderaan mikromobiliti akan menggalakkan lebih ramai pengguna jalan raya memilih pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri.
Sementara itu, Muhamad Shah turut menjelaskan sebanyak enam kawasan perumahan di perbandaran itu telah dikenal pasti untuk pengecualian cukai taksiran bersasar dan bersyarat bagi kategori rumah kampung.
Antara kawasan berkenaan ialah Kampung Baharu Sungai Pelek, Kampung Baharu Sepang, Kampung Baharu Salak, Kampung Baharu Dengkil, Desa Rumah Langat dan Kampung Seri Aman Mas Puchong.
“Syarat ditetapkan ialah harta tanah mestilah kurang daripada 2,000 kaki persegi dan pemohon mestilah warga Malaysia yang menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.
“Tempoh permohonan akan ditutup pada 31 Mei,” katanya. — The Star/VIJENTHI NAIR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram