[VIDEO] Lupa tarik brek tangan, tukar gear P punca kereta EV bergerak sendiri di Vietnam


  • Benua
  • Selasa, 28 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan sebuah kenderaan EV yang bergerak sendiri di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Vietnam.

PENGUNJUNG berdepan detik-detik cemas apabila sebuah kenderaan elektrik (EV) tanpa pemandu bergerak sendiri di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Vietnam baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, beberapa orang awam dan pekerja berusaha memberhentikan kenderaan tersebut sambil menahannya dengan troli.

Selepas beberapa kali percubaan, kereta EV itu akhirnya berjaya dihentikan.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 6 suspek tetak 2 lelaki, ceroboh rumah tak berkunci di Subang Jaya

BACA LAGI: [VIDEO] Padah baling mercun dalam pembetung, gadis di China tercampak sebelum jatuh terkulai

Berdasarkan informasi dikongsikan warga maya, pemilik kereta tersebut dipercayai terlupa menarik brek tangan dan menetapkan gear kepada mod berhenti atau P.

Dalam video sama, kejadian itu juga menimbulkan panik orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Namun, punca sebenar dan jumlah mangsa yang dikatakan cedera dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahu pun syarikat lapangan terbang berhubung kejadian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram