[TERKINI] [VIDEO] Empat maut tertimbus, bomba cari mangsa terakhir terperangkap tragedi tanah runtuh Miri


  • 112
  • Rabu, 29 Jan 2025

Pasukan penyelamat bomba sedang giat menjalankan usaha menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri.

DUA lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak ditemukan kira-kira pukul 8.55 pagi Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, mangsa yang kedua-dua adalah kanak-kanak perempuan dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Mayat tersebut ditemukan kira-kira pukul 11.38 pagi dengan jasad yang kedua dijumpai kira-kira 10 minit kemudian.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat tekan brek, penunggang wanita merana kaki hancur digilis kereta api di Surabaya

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur

Sebelum itu, bomba menemukan mayat remaja lelaki berusia 17 tahun antara serpihan salah satu daripada dua rumah yang terjejas akibat kejadian berkenaan sekitar pukul 6.17 pagi.

Bomba pada masa sama memaklumkan turut menjumpai mayat wanita dewasa pada pukul 10.53 pagi, menjadikan jumlah terkorban setakat ini adalah empat orang.

Usaha kini ditumpukan untuk mengesan seorang lagi mangsa terakhir iaitu seorang wanita berusia 71 tahun.

Dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, tujuh sekeluarga dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan yang melanda sejak Isnin.

Enam daripadanya berjaya ditemukan dengan empat dilaporkan meninggal manakala dua dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dan empat kenderaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral, dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram