MALANG menimpa seorang penunggang motosikal wanita apabila dirempuh gerabak kereta api yang bergerak laju di Jalan Gubeng Jaya II, Surabaya, Indonesia pada Jumaat lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang pembonceng dilihat memecut laju di kawasan berkenaan kerana dipercayai ingin melintas ke laluan seberang.
Namun, tindakannya yang tidak menoleh kiri dan kanan serta terlewat menekan brek mengundang kecelakaan apabila dirempuh kereta api berkenaan sehingga terkulai di landasan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara berebut angpau, 4 maut sesak nafas kena himpit di Kemboja
Nyaris melibatkan kedua-dua individu berkenaan, namun rakannya di belakang sempat melompat keluar sebaik menyedari kelibat kereta api tersebut.
Detik-detik Kecelakaan Pengendara Motor Tertabrak Kereta Api di Surabaya
Seorang pengendara motor berinisial RR (35) mengalami remuk pergelangan kakinya setelah terlibat kecelakaan dengan kereta api di perlintasan kereta kawasan Jalan Gubeng Jaya II Surabaya, Jumat (24/1/2025). pic.twitter.com/PI0qDwMmOh
— BACOT (@bacottetangga) January 28, 2025
Supratman, 70, yang merupakan penjaga palang di landasan itu berkata, kebiasaannya lintasan tersebut akan ditutup bagi memberikan laluan kepada pergerakan kereta api namun, tidak sempat berbuat demikian ekoran mangsa yang terlampau laju ketika kejadian.
"Kereta api sudah semakin hampir dan kebiasaannya palang itu akan ditutup apabila lampu isyarat dari jarak sekitar 300 meter (m) dan bertukar ke warna kuning.
"Tetapi, lampu kuning menyala hanya selepas kereta api itu dari jarak kira-kira 20 meter dan mangsa bergerak laju dari arah timur menghala ke Jalan Nias," ujarnya.
Mangsa cedera parah selepas kakinya dilaporkan hancur digilis kereta api tersebut dan kini menerima rawatan di hospital wilayah Dr Soetomo, Surabaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gubeng, Djoko Soesanto menjelaskan, lintasan itu merupakan hasil usaha masyarakat dan bukan di bawah pantauan kerajaan di Surabaya.
Supratman turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Gubeng bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
"Lintasan ini sememangnya tidak dibenarkan dan kami telah menutup akses sementara untuk proses siasatan.
"Kami menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melintas di lintasan kereta api terutamanya yang tidak sah, keselamatan tetap menjadi keutamaan," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram