Kebun mini guna sistem akuaponik atas bumbung fakulti jadi tempat 'healing' pelajar Universiti Malaya


  • Massa
  • Selasa, 28 Jan 2025

Kebun dengan sistem akuaponik yang dibangunkan di dalam ruang kecil atas bumbung fakulti di UM. — The Star

RUANG kecil dan terhad atas bumbung bangunan Fakulti Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaya (UM) tidak menjadi masalah buat para pelajar dan pendidiknya menuntut ilmu.

Meskipun tidak sebesar rumah, Pensyarah Kanan UM, Dr Fathiah Mohamed Zuki mendapat idea untuk menjadikannya sebagai kebun kajian buat pelajarnya.

Dengan bacaan suhu 42 darjah Celsius, ruang terbiar yang mendapat pencahayaan penuh itu sekali gus memberikannya idea.

BACA LAGI: Meraung telefon ayah sebab gagal, gadis 19 tahun bangkit demi genggam lesen memandu

BACA LAGI: Nyaris lesap ribuan ringgit, pasangan Malaysia tak menyesal lengkapkan 'bucket list' teroka Air Terjun Niagara

5818016060291528455

Gambaran ruang yang diubah suai menjadi kebun dan kawasan rehat buat pelajar dan pensyarah. — The Star

Merenung sejenak, Fathiah berfikir untuk mengubahsuai ruang tersebut menjadi kebun dengan sistem akuaponik di persekitaran bandar.

Katanya, tiada institusi pengajian tinggi awam lain mempunyai taman atau kebun atas bumbung yang mapan.

Bertanggungjawab sebagai peneraju, Fathiah yakin bahawa projek Kejuruteraan Pintar dan Kebun Bandar Lestari di kampus itu akan berjaya.

Ruang Harmoni

Fathiah berkata, ruang tersebut juga diubahsuai menjadi tempat untuk pelajar dan ahli fakulti berehat dan menikmati alam semula jadi yang dipenuhi tanaman hijau, bunga serta herba.

"Terdapat juga Healing Pod yang membolehkan pelajar dan sesiapa sahaja untuk mengurangkan tekanan dengan bermain dart, karom atau makan bersama rakan.

"Panorama hijau itu juga beri kesan sejuk. Bahkan meja dan tempat duduk kayu juga diperbuat daripada palet kitar semula. Terdapat juga trampolin kecil," katanya.

Menurutnya, antara elemen penting disumbangkan oleh sistem akuaponik adalah kitaran ekonomi.

Ia bermaksud, hasil pertanian dari kebun itu akan dijual untuk membeli makanan ikan serta keperluan lain.

Antara sayur-sayuran yang ditanam adalah salad, bayam, bayam air, ketumbar, kacang botol, peria, oregano Mexico, bunga telang, buah tin dan cili.

story on first Living Lab Urban Farm rooftop garden at UM by the Uni's faculty of chemical engineering pioneered by its senior lecturer Dr. Fathiah Mohamed Zuki. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Siti Nurmaisara menunjukkan cara mereka melakukan sistem penuaian air hujan. — The Star

"Bukan itu sahaja, terdapat juga sarang lebah untuk menghasilkan madu kelulut mentah.

"Saya mahu memasukkan sarang lebah untuk membangunkan biodiversiti.

"Disebabkan terlalu banyak tumbuhan berbunga, kami didatangi lebah dan serangga yang berbeza," jelasnya.

Kebun mini itu juga menerapkan hubungan simbiotik antara ikan dan tumbuhan.

Sistem akuaponik yang digunakan adalah integrasi canggih akuakultur (penternakan ikan) dan hidroponik (penanaman tumbuhan tanpa tanah).

Ia secara tidak langsung memanfaatkan tenaga semula jadi antara kedua-dua organisma.

"Sisa ikan menyediakan nutrien penting untuk pertumbuhan tanaman, manakala tumbuhan membantu membersihkan air untuk ikan. Jadi, ia mewujudkan ekosistem tertutup yang meminimumkan sisa dan memaksimumkan penggunaan sumber.

"Dengan menyepadukan akuakultur dan hidroponik, kami mencipta sistem harmoni yang meniru ekosistem semula jadi dan meminimumkan pada alam sekitar kami," tegasnya.

Tambahnya, komitmen terhadap kelestarian dalam aspek khususnya reka bentuk dan operasinya.

Katanya, ia bermula dengan sistem penuaian air hujan yang dikumpul dan ditapis bagi meminimumkan kesan buruk terhadap sumber air.

Manakala, sistem fotovoltaik untuk memanfaatkan tenaga matahari untuk mengendalikan pam dan lampu secara automatik.

story on first Living Lab Urban Farm rooftop garden at UM by the Uni's faculty of chemical engineering pioneered by its senior lecturer Dr. Fathiah Mohamed Zuki. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Panel solar dijadikan sumber tenaga dan berfungsi sebagai elektrik di kebun tersebut. — The Star

Sistem itu menggunakan fotovoltaik atau lebih dikenali sebagai panel solar berfungsi menukar cahaya matahari kepada elektrik.

"Tenaga berlebihan disalurkan semula ke dalam grid bangunan supaya dapat mengurangkan jejak karbon projek.

"Menggunakan tenaga boleh diperbaharui adalah penting untuk masa depan yang benar-benar mapan," ujarnya.

Tambahnya, terdapat juga sistem kitar semula yang memproses sisa organik dari rumah dan sistem akuaponik.

Bahan organik itu kemudiannya digunakan semula sebagai baja yang kaya dengan nutrien untuk tanah dan menggalakkan pertumbuhan tanaman sambil meminimumkan pembuangan sisa.

Keupayaan 'pintar' kebun bandar itu sekali gus menjadi bukti teknologi pertanian moden.

"Data ini dihantar ke sistem pusat yang membolehkan penyelidik dan juruteknik memantau dari jauh kesihatan kebun bandar dan membuat pelarasan diperlukan.

"Ini akan meningkatkan kecekapan, meminimumkan tenaga manual serta mengurangkan pergantungan projek pada campur tangan manusia," kongsinya.

Kata Fathiah, projek itu dimulakan dengan memohon geran Universiti Malaya Living Labs (UMLL) di bawah bidang kuasa Pusat Kelestarian dan Pembangunan Universiti Malaya (UMSDC).

UMSDC ialah hab penyelesaian inovatif pada masa depan yang mapan, memanfaatkan kampus sebagai makmal hidup untuk eksperimen kreatif dan promosi gaya hidup dan budaya neutral karbon dengan lebih berkesan.

story on first Living Lab Urban Farm rooftop garden at UM by the Uni's faculty of chemical engineering pioneered by its senior lecturer Dr. Fathiah Mohamed Zuki. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Suhu menjadi lebih sejuk selepas kebun bandar dibangunkan di atas bangunan fakulti itu. — The Star

Konsep 'living lab' atau makmal hidup seawal 2015 di kampus itu bertujuan mengubah kampus universiti menjadi makmal dinamik di mana keupayaan penyelidikan dimanfaatkan untuk menangani cabaran kemapanan dan menambah baik operasi kampus.

"Sebenarnya, ramai lagi yang memohon, tetapi dalam tempoh kurang enam bulan selepas berbuat demikian, saya diberitahu bahawa sudah mendapat geran sebanyak RM30,000.

"Walaupun saya kini hanya pergi ke kampus untuk mengajar topik Pembangunan Lestari dalam Kejuruteraan apabila diperlukan, namun, apa yang saya ajar boleh diaplikasikan di kebun atau ladang di bandar, yang boleh memberi pelajar kejuruteraan kimia peluang melakukan kerja amali mereka," katanya.

Katanya lagi, mereka tidak mungkin dapat melaksanakan projek tersebut tanpa sokongan daripada pembantu projek, pelajar dan kakitangan jabatan.

Beberapa pelajar tahun akhirnya turut memanfaatkan keupayaan lestari kebun untuk melaksanakan projek tahun akhir mereka.

Lulusan kejuruteraan kimia, Amir Zhafran Abdullah Sani, 24, merupakan pembantu Fathiah untuk projek tahun akhirnya berkata, antara cabaran terbesar adalah untuk mencari topik yang betul.

Mujur Dr Fathiah menawarkan idea tentang sistem akuaponik dalam meningkatkan kelestarian di fakulti," jelasnya.

"Saya baru dalam dunia akuaponik dan tidak mempunyai pengetahuan tentang reka bentuk sistem.

"Saya menyelesaikannya dengan menghubungi petani akuaponik untuk membina sistem yang cekap," katanya.

Antara 23 pelajar tahun akhir yang terlibat dalam pembinaan sistem akuaponik mudah alih itu adalah Siti Nurmaisara Abdul Halim, Mohamad Nur Aidil Mohd Isa dan Yap Jian Yong.

"Ia adalah sistem akuaponik mudah alih berskala kecil yang merupakan antara projek daripada kursus kemapanan kami," kata Siti Nurmaisara.

story on first Living Lab Urban Farm rooftop garden at UM by the Uni's faculty of chemical engineering pioneered by its senior lecturer Dr. Fathiah Mohamed Zuki. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Sarang lebah tanpa sengat untuk menghasilkan madu kelulut. — The Star

Mohamad Nur Aidil berkata, mereka menggunakan paip boleh mudah alih.

Kata Yap pula, kemapanan adalah proses penting dalam membina sistem itu dan perlu mengambil kira penggunaan sumber mapan dan had ruang.

Demi memenuhi projek penyelidikan itu, Low Jian-Yuan, 27, memberi tumpuan kepada sistem pertanian atas bumbung bandar yang memberi kesan kepada kesihatan serta menggabungkan ruang hijau di kawasan bandar.

Penyelidikannya mendapati bahawa pembangunan mapan merangkumi tiga aspek utama iaitu kemapanan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

"Dari segi kemapanan sosial, Healing Pod bertujuan untuk membantu pelajar menghilangkan tekanan dan mengambil serius kesihatan mental mereka.

“Semasa hari hujan, udara segar yang sejuk menenangkan.

"Kemapanan alam sekitar ialah cara kami belajar menghasilkan suhu rendah dan meningkatkan keselesaan," katanya.

Bagi kemapanan ekonomi, Low memetik konsep kitaran ekonomi untuk kedua-dua ikan dan sayur-sayuran.

"Malah madu daripada sarang lebah tanpa sengat boleh dijual jika kita memberi visual ini pada skala lebih besar yang boleh digunakan untuk mengekalkan projek itu," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram