Dakwa guna mural tanpa izin, pelukis Lithuania mahu saman syarikat penerbangan tambang murah


  • Massa
  • Ahad, 26 Jan 2025

Tangkap layar hantaran pelukis Ernest Zacharevic, berhubung lukisan muralnya yang didakwa diguna pakai tanpa izin.

MENDAKWA lukisan muralnya diguna pakai tanpa izin, seorang artis mural dari Lithuania, Ernest Zacharevic nekad untuk memfailkan saman terhadap sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

Jelasnya, lukisannya 'Children on Bicycle' telah diguna pakai secara meluas dalam setiap video promosi serta reka bentuk psawat berkenaan yang disifatkan situasi tidak adil buatnya.

Pernah berkongsi hal itu sekitar November tahun lalu, namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang pampasan ataupun kenyataan balas dikemukakan pihak syarikat berkenaan.

BACA LAGI: Makan, penginapan mahal dikatakan punca sebenar Cameron Highland sepi

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu wanita cemas diserang 2 lelaki samseng, sengaja letup mercun atas kereta di Klang

"Ini bukan kali pertama, selama bertahun-tahun, mural saya telah muncul dalam kempen e-mel, iklan, majalah penerbangan dan banyak lagi di syarikat penerbangan itu.

"Semuanya tanpa kredit, persetujuan atau pampasan yang sewajarnya,"

"Kesalahan berulang ini sepatutnya tidak berlaku kerana boleh membuatkan sesebuah karya artis dieksploitasi tanpa kesan, ia bukan sahaj tentang saya tetapi meninggalkan kesan pada seluru komuniti artis pelukis," katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.

Tambahnya lagi, kenyataan balas dari pihak berkaitan dianggap kurang memuaskan dengan ia masih belum ada kata putus berkaitan isu berbangkit.

“Maklum balas diterima mengikut corak biasa iaitu mengeluarkan kenyataan, menafikan pelanggaran lalu dan memanjangkan perbincangan.

"Tawaran terakhir mereka gagal menggambarkan nilai kerja saya, menyebabkan saya tiada pilihan selain meneruskan tindakan undang-undang," ujarnya.

Dalam pada itu, masih belum ada sebanrang kenyataan rasmi dibuat syarikat penerbangan terbabit setakat ini dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak mencetuskan sebarang provokasi serta spekulasi di laman sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram