Lebih 1,000 sukarelawan 'turun padang' bantu persiapan Thaipusam di seluruh Malaysia


  • Massa
  • Isnin, 27 Jan 2025

Para sukarelawan yang akan membantu persiapan sambutan Thaipusam di kuil seluruh negara pada 11 Februari nanti. — The Star

PASUKAN Petugas Thaipusam (TFF) sedang membuat persiapan untuk menempatkan lebih 1,000 sukarelawan berdedikasi di kuil seluruh Malaysia untuk sambutan musim ini pada 11 Februari nanti.

Pengerusinya, G. Gunaraj berkata, sekurang-kurangnya 500 sukarelawan akan ditempatkan di kuil ikonik iaitu Batu Caves, Gombak, Selangor.

Gunaraj berkata, para sukarelawan akan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari menjelang perayaan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan jadi raja jalanan, kisah kaki 'melekat' bumper kereta di Colombia 5 tahun lepas patut menginsafkan

BACA LAGI: Sempat sebut 'ALLAH' 3 kali sebelum rebah, saksi dedah amalan Jojo 'One Nation Emcees' sebelum meninggal dunia

Katanya, para sukarelawan memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan dan memastikan pengunjung mematuhi arahan ketika sambutan Thaipusam.

"Dengan anggaran dua juta pengunjung dijangka di Batu Caves dalam tempoh Thaipusam, TFF bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Clean Thaipusam dan Cuci Malaysia untuk menyelaraskan usaha.

"Seramai 200 sukarelawan pula adalah golongan belia daripada program Wira KESUMA dari Kementerian Sumber Manusia.

"Peningkatan berterusan dalam sokongan sukarelawan selama ini juga memainkan peranan penting dalam menjayakan sambutan ini," katanya.

Beliau berkata, sukarelawan akan membantu membersihkan sampah di luar perkarangan kuil dan membantu penganut sepanjang tempoh tersebut. — The Star/SHALINI RAVINDRAN DAN LEE JUNE LING

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram