Nyaris lesap ribuan ringgit, pasangan Malaysia tak menyesal lengkapkan 'bucket list' teroka Air Terjun Niagara


  • Massa
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Mohd Haliemy (kiri) bersama isterinya ketika mengunjungi Air Terjun Niagara. — The Star

AIR Terjun Niagara atau dikenali sebagai Niagara Falls di sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada boleh dianggap sebuah keajaiban alam yang menakjubkan dan sentiasa memukau pandangan setiap kali melihat gambar atau membaca tentangnya.

Dengan ketinggian vertikal melebihi 50 meter (m) dan hampir 170,000m limpahan air terjun setiap minit, sudah tentu ia adalah pemandangan yang tidak dapat dilupakan.

Tidak mustahil ia menjadi lokasi dan destinasi pilihan ramai termasuk rakyat Malaysia, Mohd Haliemy Sapari dan isterinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Jadi kawan kepada anak resipi ibu tunggal besarkan zuriat elak kenangan pahit bercerai belenggu diri

BACA LAGI: Suasana suram bertukar ceria, aktiviti santai di hospital pulih emosi pesakit, perkukuh hubungan komuniti

WhatsApp Image 2025-01-24 at 09.19.36

Bandar Calgary yang menambat hati pasangan itu. — The Star

Setelah berbincang dengan beberapa rakan yang pernah belajar di AS dan Kanada, kebanyakan memberi saranan bahawa pemandangan Niagara Falls dari sisi Kanada adalah lebih cantik.

Dengan cadangan tersebut, pasangan suami isteri itu memulakan perjalanan mereka.

Setelah mengisi permohonan visa dalam talian dan menyerahkan dokumen sokongan, mereka terpaksa menyerahkan beberapa lagi dokumen yang diminta sebelum akhirnya diluluskan setelah hampir dua bulan menunggu.

Perjalanan selama tiga minggu mereka bermula di Kuala Lumpur dan merentasi Singapura, Vancouver, Calgary dan Toronto di Kanada kemudian ke Doha, Qatar sebelum akhirnya kembali ke Kuala Lumpur.

"Dua hari pertama, kami berjalan lebih dari 30,000 langkah setiap hari yang sememangnya memberikan cabaran pada lutut saya.

"Namun, kami masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan seterusnya sendiri selama lapan hari dari Vancouver ke Calgary.

"Perjalanan itu benar-benar memukau. Kami melalui hampir 1,500 kilometer (km) dengan pemandangan yang luar biasa, seperti Sea-To-Sky Highway, Whistler Olympic Village, Icefield Parkway, Columbia Icefield Skywalk, Jasper National Park, Lake Louis, Banff, dan Canmore," katanya.

WhatsApp Image 2025-01-24 at 09.20.15

Pemandangan indah dan menakjubkan di sekitar kawasan Air Terjun Niagara. — The Star

Setiap destinasi juga menawarkan pemandangan indah gunung bersalji, tasik biru, sungai jernih dan air terjun.

Apabila tiba di Calgary, perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia muncul ketika mereka dapat melihat logo PETRONAS di atas sebuah bangunan di pusat bandar itu.

Katanya, perjalanan dari lapangan terbang di Toronto ke air terjun itu hanya mengambil masa kira-kira satu jam.

"Selepas lebih dua minggu menjelajah Kanada, kami melanjutkan perjalanan ke Doha di mana kami ingin merasai pengangkutan awam dan melihat kemudahan yang dibina untuk Piala Dunia FIFA 2022.

"Walaupun begitu, kami lebih banyak menggunakan perkhidmatan e-hailing tempatan yang dipanggil karwa.

"Kami juga sempat melawat beberapa stadium Piala Dunia, masjid futuristik di Education City, serta Souq Waqif dan Villaggio Mall," katanya.

Namun, perjalanan indah mereka berdua itu tidak terlepas dari cabaran.

Kata Mohd Haliey, isterinya berdepan dengan kejadian tidak diingini apabila kad kreditnya diceroboh dan terdapat tiga transaksi mencurigakan berjumlah RM9,500.

WhatsApp Image 2025-01-24 at 09.22.23

Perjalanan pasangan tersebut yang tidak dapat dilupakan. — The Star

"Ia termasuk pembelian jentera pertanian dan dakwat percetakan industri yang jelas bukan pembelian oleh isteri saya yang sudah bersara.

"Mujurlah, transaksi tersebut dikesan oleh pihak bank dan tiada caj berjaya dilakukan," kongsinya.

Secara keseluruhannya, bagi mereka, perjalanan itu merupakan pengalaman yang sangat memuaskan.

Tambahnya, Niagara Falls memberikan pemandangan yang benar-benar luar biasa untuk dilihat secara langsung dan masih segar dalam ingatan.

Meskipun terdapat sedikit gangguan, ia tidak sama sekal menjejaskan kenangan indah sepanjang perjalanan mereka yang penuh dengan pemandangan menakjubkan dan berharga. — The Star/MOHD HALIEMY SAPARI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram