Bekas penyanyi rap, Jojo 'One Nation Emcees' meninggal dunia, rebah ketika berdakwah dalam masjid


  • Hiburan
  • Ahad, 26 Jan 2025

Jojo One Nation Emcees disahkan meninggal dunia di sebuah masjid dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad.

BEKAS penyanyi rap kumpulan One Nation Emcees, Jojo, 50, atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas meninggal dunia di sebuah masjid dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad.

Menghadiri sebuah program perjumpaan tabligh di masjid berkenaan, Allahyarham dikatakan rebah ketika bacaan doa akhir dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran salah seorang sahabatnya di Facebook, Mohd Hafizul yang nyata berduka atas berita pemergian tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tiada birthday wish, ucapan hari raya', Timur Gabriel dedah bapa tak tanya khabar, hubungan terputus sekian lama

BACA LAGI: ‘Please dont delete my comment’, respons Caprice terhadap saman Ebit Lew lepas menang kes ‘Mondy Tattoo’

"Assalamualaikum bagi semua yang mengenali Jojo One Nation Emcees, sahabat saya telah pun kembali ke pencipta.

"Selesai bacaan Ta'alim di masjid seri Petaling dan meninggal dunia dalam masjid ketika usaha dakwah.

"Moga syahid, tak sempat kita berjumpa Jojo, aku rindu hang, hang insan yang baik," ujarnya.

Terdahulu, pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu meninggalkan dunia seni selepas mula menyertai tabligh sekitar 2020.

Kisah penghijarahannya mendapat liputan meluas apabila mendedahkan pernah bermimpi didatangi seorang individu yang wajahnya bercahaya dan memberitahu namanya Muhammad.

Di dalam mimpi tersebut, Allahyarham menjelaskan dia dibawa ke sebuah perigi, diberi minum air dan melihat ramai lelaki berjubah mengajaknya menunaikan solat.

Sejak dari detik itu, hatinya tergerak untuk berubah dan menjadi seorang Muslim yang lebih baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram