[VIDEO] Jumpa kepala tepi jambatan di Trenggalek, polis tahan suspek sumbat mayat wanita dalam bagasi merah


  • Benua
  • Ahad, 26 Jan 2025

Polis menemukan kepala mayat seorang wanita yang disumbat dalam sebuah bagasi merah di Jawa Timur, Indonesia.

POLIS menemukan sebuah bagasi merah berisi kepala mayat wanita di sebuah parit Jawa Timur, Indonesia pada Ahad, beberapa hari selepas tubuh wanita tersebut ditemukan dalam sebuah lagi beg.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Trenggalek, Eko Widiantoro berkata, kepala mayat yang terputus itu ditemukan tepi jambatan berhampiran Kampung Slawe, Daerah Watulimo, Trenggalek.

BACA LAGI: Jelajah 20 negara cari ilham, jurugambar amatur Serendah kongsi pengalaman gambar dibeli pelanggan Israel

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat berkubu di rumah 'bertanda' tulisan Hebrew, Al Jazeera siar rakaman Yahya Sinwar di medan perang Gaza

"Pasukan polis Jawa Timur berjaya menemukan anggota kepala mayat mangsa dikenali sebagai Uswatun Khasanah, 29, di tepi jambatan.

"Kes itu seterusnya akan dikendalikan pihak polis Wilayah Jawa Timur," katanya.

Dalam pada itu, suspek berjaya ditahan di Polda, Jawa Timur dan difahamkan bekerja serta menetap di sekitar kawasan Tulungagung, Jawa Timur.

Terdahulu, mayat seorang wanita tanpa kepala ditemukan dalam sebuah bagasi merah di Desa Dadapan, Jawa Timur pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ngawi, Dwi Sumrahadi Rakhmanto mengesahkan kejadian terbabit dengan penemuan tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas pemeriksaan mendapati kepala dan kedua-dua kaki mangsa telah hilang.

"Ini adalah kes pembunuhan kejam kerana terdapat bahagian tubuh mangsa yang hilang," katanya.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa, Uswatun Khasanah merupakan seorang janda anak dua berasal dari Keluarahan Bence, Kecamatan Garum, Kabupaten Blitar, Jawa Timur. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram