Dua hotspot ‘panas’ kemalangan rupanya kawasan angin lintang di PLUS, JBPM minta pengguna jalan lebih waspada


  • 112
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Kejadian angin lintang boleh mendatangkan risiko kemalangan terhadap kesemua pengguna jalan raya.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika melalui lokasi yang mengalami angin lintang di Lebuhraya Utara Selatan PLUS sekitar Negeri Sembilan.

Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sembilan, Penguasa Kanan Bomba II, Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi berkata, dua kawasan itu adalah sekitar KM222 di sempadan Melaka sehingga Hentian Senawang serta KM267 dari Ainsdale ke Seri Putera.

"Kedua-dua lokasi itu adalah lokasi 'hotspot' kemalangan disebabkan angin lintang serta kecuaian pengguna jalan raya. Jadi, pengguna diingatkan supaya berhati-hati dan berwaspada semasa pemanduan.

BACA LAGI: 'Hanya terbayang wajah keluarga tersayang', Hasli trauma imbau tragedi helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah

BACA LAGI: Seorang maut, 4 cedera insiden tembakan di Pantai Morib

39BDF81A-35AC-421F-AB83-89CE423754C8

Jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuharaya Utara Selatan PLUS dijangka meningkat sempena musim perayaan.

"Peringatan itu diberikan terutamanya semasa musim perayaan kerana jumlah kenderaan turut meningkat," katanya ketika melancarkan Kempen Kesedaran dan Keselamatan Awam Musim Perayaan Op Raya Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan pada Jumaat.

Menurutnya, seramai 150 anggota dan 26 jentera, termasuk tiga van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) akan bersiap sedia sempena OP Siaga Raua bermula Selasa depan sehingga 2 Februari.

Mohamed Faiz menjelaskan bahawa kesemua kenderaan itu akan ditempatkan di plaza tol Pedas sementara Unit Rapid Intervention Motorcycle JBPM akan melakukan rondaan secara berkala sehingga Nilai bagi memastikan keadaan terkawal.

Dia turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung dan meninggalkan rumah bagi tempoh lama, terutamanya pada musim perayaan supaya sentiasa peka serta menutup semua suis elektrik yang tidak digunakan.

"Sebelum meninggalkan rumah periksa apa-apa yang boleh menyebabkan kebakaran terutama suis punca kuasa seperti lampu, kipas dan penapis air bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram