KERAJAAN bersetuju memberi potongan tol 50 peratus daripada kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Beliau berkata, potongan tol akan dilaksanakan bermula pada pukul 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.
BACA LAGI : Tiada lagi tol percuma musim perayaan langkah positif demi kebajikan rakyat miskin, terkesan bencana
BACA LAGI : [VIDEO] Berang isteri tak dibenarkan cuti, suami 'ambush' pengurus pasar raya dengan penyodok di Brazil
"Kerajaan akan menanggung anggaran kos sebanyak RM20.08 juta sebagai pampasan kepada pemegang konsesi tol.
"Diskaun ini merupakan kesinambungan daripada bantuan tol musim perayaan yang secara konsisten diberikan oleh kerajaan untuk keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak 2023," katanya pada Jumaat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Sejak 2023, kerajaan membelanjakan sejumlah RM356.18 juta sebagai pampasan untuk inisiatif tol percuma musim perayaan.
Pada Selasa, Alexander dilaporkan berkata, 2024 akan menjadi tahun terakhir pemberian pengecualian tol semasa musim perayaan, dengan mesyuarat Kabinet tahun lalu memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Januari berkata, kerajaan sedang mengusahakan pendekatan bersasar untuk pengecualian tol semasa musim perayaan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, memaklumkan seperti penyesuaian subsidi sebelum ini, pengecualian tol seharusnya hanya diberikan kepada golongan B40 dan M40, bukan kepada semua.
Dalam kenyataannya, Alexander turut menjelaskan bahawa Kabinet telah memutuskan pada 20 Disember 2024 untuk menamatkan tol percuma semasa musim perayaan selepas sambutan Krismas tahun lalu.
Beliau menasihati semua pengguna lebuh raya untuk memanfaatkan sepenuhnya diskaun tol ini dan merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang cuti panjang.
Potongan tol akan dilaksanakan bermula pada pukul 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir 11.59 malam, 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.
"Pengguna dinasihatkan memuat turun aplikasi MYPLUS-TTA (rasmi) untuk panduan waktu perjalanan (TTA) bagi meningkatkan keselamatan dan memastikan pengalaman pemanduan yang lancar supaya kita semua dapat tiba ke destinasi dengan selamat dan menyambut Tahun Baharu Cina dengan penuh kemeriahan.
"Pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Sistem Pesanan Pembolehubah (VMS).
"Mereka yang menggunakan Lorong Pintar disarankan memberi isyarat lebih awal sebelum memasuki lorong yang diaktifkan, memandu pada had laju yang ditetapkan, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling," tambah beliau.
Nanta turut menggalakkan orang ramai memeriksa kemas kini trafik secara masa nyata atau insiden di lebuh raya melalui saluran media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia, termasuk Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), X (@LLMtrafik), dan TikTok (@llmtrafik).
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan kemas kini trafik terkini atau bantuan.
Untuk melihat keadaan trafik secara masa nyata melalui CCTV di semua lebuh raya, pengguna boleh melayari laman web Lembaga Lebuhraya di https://www.llm.gov.my, serta kemas kini trafik langsung yang tersedia melalui Saluran WhatsApp LLM Info Trafik. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram