Lori terbalik di Jalan Kota Tinggi-Mersing, ramai tak lepaskan peluang kutip udang dan ikan


  • 112
  • Khamis, 23 Jan 2025

Tangkap layar video tular menunjukkan orang ramai mengutip udang dan ikan di bahu jalan raya.

SEBUAH lori membawa muatan ikan dan udang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor sebelum persimpangan Felda Mawai pada pagi Rabu.

Kejadian itu mengakibatkan ribuan ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya.

Orang ramai yang melihat kemalangan itu dilihat mengambil kesempatan dengan mengutip ikan dan udang yang memenuhi bahu jalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara elak tayar tercabut, 3 lori bertembung hingga ke pembahagi jalan di Lebuhraya PLUS Sungai Bakap

BACA LAGI: Mahu jadi inspirasi bidang robotik, anak Orang Asli Pahang raih pingat emas International Robot Olympiad di Korea Selatan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, semua makanan laut itu telah dikutip semasa polis tiba di tempat kejadian.

"Kemalangan yang berlaku pada pukul 9.20 pagi itu membabitkan dua kereta dan sebuah lori.

"Nahas dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Naza yang melanggar belakang sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing.

"Akibatnya, Perodua Myvi berkenaan masuk laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori sebelum terbalik ke bahu kiri jalan," ujarnya ketika dihubungi pada Rabu.

Video kejadian yang tular di media sosial.

Menurutnya, tiada kecederaan yang berlaku dan saman telah dikeluarkan kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Terdahulu, video berdurasi 31 saat tular memaparkan orang ramai mengutip udang dan ikan di jalan raya tersebut. — The Star/ N.TRISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram