SEORANG lelaki warga asing terbunuh sementara empat yang lain cedera dalam satu insiden tembakan di Pantai Morib, Banting, Selangor pada Jumaat.
Kesemua mangsa, termasuk tiga individu warga asing kini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, insiden berlaku sekitar Pantai Morib pada awal pagi Jumaat.
BACA LAGI: Berjuang dalam kesakitan, pegawai tentera kemalangan 24 jam sebelum muncul juara Duathlon Morib
BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh OKU kena kompaun di parkir awam Pantai Morib, ini penjelasan MPKL
Hussein Omar mengesahkan seorang mangsa meninggal dunia akibat insiden tersebut.
"Setakat ini, saya boleh mengesahkan seorang lelaki meninggal dunia sementara empat yang lain cedera selepas ditembak. Seorang mangsa cedera sudah dihantar ke Hospital Klang.
"Sementara itu, tiga lagi mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah. Pegawai penyiasat dari ibu pejabat polis Kuala Langat dan Sepang sedang menjalankan siasatan," katanya.
Ketiga-tiga mangsa yang difahamkan warga Indonesia sudah dibawa ke hospital pada kira-kira pukul 7.30 pagi oleh individu tidak dikenali.
Berdasarkan laporan, dua daripada mereka sempat memakai pakaian yang masih basah sementara seorang lagi hanya memakai seluar pendek.
"Mereka difahamkan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," kata sumber kepada The Star.
Berdasarkan sumber yang sama, kesemua daripada mereka memberikan jawapan berlainan ketika ditanya mengenai kecederaan, namun selepas menerima rawatan, mereka didapati mengalami kecederaan akibat tembakan.
Pihak hospital juga sudah membuat laporan polis. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram