Ikatan kekeluargaan, keanggunan tradisi hiasi kempen fesyen label antarabangsa dan tempatan


  • Bizz
  • Rabu, 22 Jan 2025

Koleksi kapsul Fendi Eyes, menggabungkan elemen DNA Maison dengan gaya perayaan dan kontemporari. — Instagram/fendi

MERAYAKAN tradisi turun-temurun bersama sanak saudara, Tahun Baharu Cina sentiasa membawa makna melambangkan semangat keakraban dan kegembiraan.

Setiap tahun, jenama fesyen terkemuka akan menyemarakkan perayaan ini dengan koleksi kapsul yang menggabungkan elemen tradisional dan sentuhan moden, sebagai tanda menghormati musim perayaan penuh makna ini.

Meraikan ulang tahun ke-100 kejayaannya, jenama rumah fesyen mewah berasal dari Itali, Fendi tampil mempersembahkan koleksi kapsul Fendi Eyes, menggabungkan elemen DNA (sentuhan) Maison dengan gaya perayaan dan kontemporari.

BACA LAGI: Tak sanggup anak terus derita ekzema, wanita keturunan Melanau cipta sabun natural, dapat perhatian pelanggan Jepun dan AS

BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung

Direka untuk wanita dan lelaki, koleksi tersebut memperkenalkan reka bentuk ikonik monster eye, jenama ini berada dalam interpretasi baharu lebih ceria.

Dalam kempen video dan foto yang menyertakan duta jenama berkenaan, Cheng Xiao dan Xu Kai, koleksi ikonik seperti Mini Peekaboo, Baguette dan Strike Mini, dipamerkan dengan gaya santai menggambarkan semangat perayaan Tahun Baharu Lunar.

Tidak ketinggalan, pelakon legenda, Carina Lau turut tampil dalam kempen Tahun Baharu Lunar Self-Portrait untuk meraikan Tahun Ular.

Bersama dengan rakan karibnya, Anna Kamiyama dan pelakon Bowie Wu Fung, membawakan kempen terinspirasi oleh memori kolektif mengenai drama TVB yang membentuk kehidupan dan menghubungkan keluarga.

Joining Lau in the imaginative campaign is Lau's close friend Anna Kamiyama. — Self-Portrait

Carina (kiri) bersama Anna dalam kempen Tahun Baharu Lunar Self-Portrait untuk meraikan Tahun Ular.

Melalui sentuhan sinematik yang nostalgik, kempen ini menangkap keindahan dan kemeriahan perayaan di Hong Kong, menggambarkan hubungan keluarga abadi dalam dua bab berbeza.

Dalam pada itu, jenama tempatan, Hanya turut mempersembahkan Koleksi Tahun Baharu Cina 2025 dengan penuh makna.

Hadir dengan sentuhan tradisi dan moden, koleksi tersebut menampilkan gabungan keindahan kraf tangan dan siluet moden.

Koleksi sulaman diperbuat daripada tencel silk mewah dan koleksi jacquard mempamerkan seni fabrik premium, merayakan nilai-nilai abadi dan kasih sayang merentasi generasi.

The Jacquard Collection showcases a perfect fusion of opulence and artistry, crafted from premium custom-designed jacquard fabrics. — Hanya

Koleksi Jacquard mempamerkan seni fabrik premium, merayakan nilai-nilai abadi dan kasih sayang merentasi generasi.

Giorgio Armani, melalui kempen Tahun Baharu Cina 2025, menampilkan Hu Ge sebagai wajah globalnya.

Dalam koleksi kapsul ini, kesopanan sederhana menjadi tema utama, dihiasi dengan reka bentuk grafik dan sulaman halus yang menggambarkan simbolisme Tahun Ular.

Kempen itu mengangkat tema keharmonian dan pertemuan semula, sesuai dengan semangat perayaan yang penuh makna.

Dengan rekaan dan kempen penuh imaginasi, jenama-jenama ini tidak hanya merayakan Tahun Baharu Cina, tetapi juga menghargai ikatan kekeluargaan, keanggunan tradisi dan perubahan zaman. — The Star/NASA MARIA ENTABAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram