Peluang bertemu 'Abang Milo', trak ikonik kembali selepas setahun berehat, promosi gaya hidup sihat


  • Bizz
  • Ahad, 19 Jan 2025

Penampilan Marzuki yang lebih dikenali sebagai Abang Milo antara yang dinantik-nantikan peserta dalam acara ini.

SELEPAS setahun berehat, Hari Sarapan Malaysia Milo (MBD) kembali tahun ini dengan sambutan meriah, menghimpunkan 75,000 peminat setia minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Bersempena ulang tahun ke-75 Milo di Malaysia, acara tersebut akan diraikan dengan tema 'Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia, yang mengiktiraf peranan Milo sebagai minuman utama bagi kebanyakan isi rumah di negara ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Malaysia, Ng Su Yen turut menzahirkan keterujaan dengan kembalinya acara tersebut, sekali gus mencerminkan komitmen Milo dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif.

BACA LAGI: [VIDEO] Rama-rama jadi identiti, anak seni kelahiran Perak realisasi impian masa kecil buka bisnes di Bukit Bintang

BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung

milo2

Milo berperanan sebagai minuman utama bagi kebanyakan isi rumah di negara ini.

“Ketika menyambut ulang tahun ke-75 di Malaysia, kami bangga dengan warisan dalam memperkasakan perjalanan negara dan mempromosikan kesihatan yang lebih baik.

“Sarapan adalah asas kepada hari produktif dan memulakan hari dengan pemakanan yang baik membolehkan rakyat Malaysia mencapai potensi terbaik.

“Melalui acara ini, kami terus menginspirasi dan mendidik masyarakat tentang pentingnya menjadikan sarapan sebagai keutamaan harian,” katanya.

Acara pertama MBD tahun ini akan diadakan di Putrajaya pada 19 Januari, diikuti Kuantan, Pahang (9 Februari) sebelum menjelajah ke Johor Bahru, Johor (16 Februari) dan Pulau Pinang pada 23 Februari.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta, termasuk larian santai, sesi Milo Fitness Workout, permainan sukan interaktif dan kehadiran trak ikonik Milo Goodness Truck.

Past Milo Malaysia Breakfast Day events also featured a fun run and other interesting activities.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta termasuk larian santai.

Penampilan selebriti dan personaliti seperti Marzuki Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Abang Milo, turut memeriahkan acara ini.

Marzuki, 42, meneruskan legasi bapanya, Abdullah Man, sebagai generasi kedua Abang Milo.

Sebagai pegawai promosi lapangan Milo, Marzuki bertanggungjawab menyediakan setiap cawan Milo dengan penuh rasa untuk dikongsi bersama masyarakat.

WhatsApp Image 2025-01-17 at 12.53.55

MBD menyediakan pelbagai acara menarik selepas setahun berehat.

“Saya sering menemani ayah ketika dia mengendalikan trak Milo pada acara sekolah.

"Pengalaman tersebut memberi inspirasi kepada saya untuk turut serta dan saya sudah melakukannya selama 11 tahun,” ujar Marzuki.

Bagi yang berminat menyertai larian santai, 3,000 pendaftar pertama berpeluang memilih reka bentuk jersi edisi terhad MBD 2025.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari www.milo.com.my.The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram