Tampil konsep lebih segar, tawar pengalaman cantik, sihat dan ruang komuniti di bawah satu bumbung


  • Bizz
  • Khamis, 16 Jan 2025

Pelancaran itu bertujuan memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat di samping meningkatkan pengalaman pelanggan.

TAMPIL dengan konsep segar dan baharu, Guardian Malaysia baru-baru ini melancarkan semula stor Medan Setia Bukit Damansara (MSBD), Bukit Damansara di Kuala Lumpur.

Usaha itu bertujuan memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat di samping meningkatkan pengalaman pelanggan.

Pengarah Urusan Guardian Malaysia, Priscilla Wu berkata, stor Bukit Damansara yang diperbaharui itu mencerminkan komitmen pihaknya untuk membina hubungan lebih mendalam dengan pelanggan dan komuniti tempat mereka beroperasi.

BACA LAGI: [VIDEO] Dari hobi cafe hopping di Pulau Pinang, cetus idea suami isteri buka pop-up booth Kopi Tanjong

BACA LAGI: [VIDEO] Hantaran premium kreativiti Shajaratul Dur jadi pilihan istiadat perkahwinan diraja puteri Sultan Pahang, orang kenamaan

Menurutnya, stor tersebut merupakan outlet pertama Guardian yang menampilkan ruang unik berpusatkan komuniti di tingkat atas, untuk menambah baik pengalaman pelanggan bersama rangkaian kesihatan peribadi dan peruncit kecantikan itu.

"Ruang komuniti di stor ini dirancang sebagai hab untuk pelbagai aktiviti bermakna, termasuk saringan kesihatan, ceramah kesejahteraan, sampel produk serta pelancaran dan percubaan produk baharu.

"Ruang ini juga menawarkan alat, sumber dan sokongan untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan lebih sihat dan yakin, selaras dengan visi baharu Guardian, Own Your Beautiful," katanya.

Selain itu, ruang komuniti tersebut juga akan digunakan untuk program Guardian’s House of Creators, yang bertujuan mendidik dan memperkasakan pencipta kandungan Malaysia.

Program ini memberi fokus kepada trend terkini, perkara baharu dan meningkatkan kemahiran pencipta kandungan, sekali gus mencipta ekosistem kandungan media sosial yang dinamik.

Rangkaian produk inovatif

Di luar ruang komuniti, menawarkan susun atur inovatif dengan rangkaian produk yang diperluas untuk memenuhi keperluan pengalaman kesihatan dan kecantikan pelanggan.

Antara kategori baharu diperkenalkan termasuk Salon at Home, iaitu penyelesaian penjagaan rambut berkualiti profesional untuk hasil seperti salon di rumah.

"Selain itu, terdapat juga Exclusive Men’s Care and Men Zone, iaitu bahagian khusus untuk keperluan dandanan lelaki.

"Clean Beauty pula adalah produk berasaskan bahan semula jadi dan mesra alam untuk pelanggan yang mementingkan kelestarian dan penjagaan diri. Stor tersebut merupakan kedai high street pertama yang menawarkan kategori ini.

"Seterusnya, terdapat juga IYKYK Beauty yang menampilkan jenama premium baharu dan eksklusif seperti Lumi, Zenyum, Uriage dan Uruhime," kongsinya.

Komitmen terhadap khidmat pelanggan

Guardian Malaysia turut menegaskan komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Ahli farmasi berpengetahuan dan pasukan Guardian yang terlatih sentiasa bersedia untuk membimbing pelanggan dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka, memenuhi keperluan pelbagai kumpulan umur.

“Di Guardian, kami percaya setiap individu patut mempunyai kuasa untuk mengawal kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan mengikut cara mereka sendiri.

"Peranan kami adalah untuk memberikan impak bermakna dalam kehidupan pelanggan dengan menyokong mereka untuk mencapai versi terbaik diri," kata Priscilla.

Dengan pembaharuan ini, Guardian Malaysia berharap dapat mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna serta terus menjadi destinasi utama untuk keperluan kesihatan dan kecantikan masyarakat setempat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram