[VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye


  • Benua
  • Selasa, 14 Jan 2025

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang kertas di daerah Duzce itu, Umit Ozsoy (kiri) hilang nyawa sekelip mata atas kesilapan sendiri.

KELALAIAN dan kealpaan menjadi faktor utama dalam kebanyakan kemalangan yang berlaku di kawasan perindustrian dan kilang.

Insiden yang sering melibatkan kecederaan serius atau kematian ini lazimnya berpunca daripada kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, penggunaan peralatan yang tidak sesuai, serta kekurangan pemantauan dan penyelenggaraan.

Walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diperkenalkan, kadar kemalangan di tempat kerja terus membimbangkan, menyerlahkan keperluan mendesak untuk tindakan lebih tegas dan berkesan.

BACA LAGI: Guru didakwa cabul murid ketika bawa masuk rumah hantu karnival sekolah di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil

Susulan itu, tidak hairanlah kemalangan yang berlaku di premis kilang akan sentiasa menjadi bualan walaupun telah lama berlaku.

Antaranya ialah kemalangan ngeri di sebuah kilang di Turkiye pada 2023 melibatkan seorang lelaki.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang kertas di daerah Duzce itu, mangsa yang dikenali Umit Ozsoy hilang nyawa sekelip mata atas kesilapan sendiri.

Memetik laporan berita antarabangsa, mangsa yang berumur 43 tahun pada ketika itu sedang bekerja seorang diri di berhampiran mesin berkenaan.

Namun, salah sebuah mesin itu berhenti tiba-tiba sebelum Umit cuba menarik sesuatu di dalam mesin tersebut tanpa menghentikan suis utama mesin berkenaan sekali gus mengundang padah pada buat dirinya sendiri.

Semasa Umit cuba menarik objek yang tersekat dalam mesin pemampat itu, mesin berkenaan secara tiba-tiba beroperasi menyebabkan kepala mangsa tersepit dan kemudiannya dihimpit mesin berkenaan.

Rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba menyelamatkan Umit namun gagal dan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden itu sekali gus mengingatkan betapa pentingnya budaya keselamatan di tempat kerja, di mana semua pekerja saling bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan masing-masing. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram