PULAU Pinang kini menjadi lokasi cawangan terbaharu dan terbesar Harvey Norman di Malaysia.
Beroperasi di Sunshine Central, Bandar Baru Air Itam, premis ini dibuka secara rasmi dengan matlamat memperkukuhkan sektor peruncitan sambil menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.
Terletak di lokasi strategik antara Air Itam dan Paya Terubong, cawangan tersebut menjadi bukti komitmen Harvey Norman untuk terus memperluas jenamanya di Malaysia.
BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung
Pengarah Urusan Harvey Norman Singapura dan Malaysia, Bernice Kwok berkata, ia merupakan cawangan ke-36 syarikat itu di negara ini.
“Menyedari George Town sebagai komuniti metropolitan yang berkembang maju dengan golongan profesional bandar dan keluarga muda, cawangan terbaharu ini menawarkan pelbagai produk seperti peralatan elektrik terkini, komputer berteknologi kecerdasan buatan (AI), perabot bergaya serta kelengkapan bilik tidur premium,” katanya ketika majlis perasmian baru-baru ini.
Beliau turut menekankan bahawa cawangan baharu tersebut sejajar dengan inisiatif kerajaan yang mempromosikan kehidupan mampu milik dan kestabilan ekonomi.
Jelasnya, syarikat turut menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga kompetitif untuk meningkatkan kehidupan harian rakyat Malaysia.
"Dengan keluasan 4366 meter persegi, cawangan ini bukan sekadar kedai runcit, tetapi ruang inovasi yang memenuhi pelbagai keperluan keluarga di Pulau Pinang,” tambahnya.
Harvey Norman juga memperkenalkan produk terkini seperti komputer peribadi AI sebagai sebahagian daripada kempen global.
Bernice dalam pada itu turut mengumumkan rancangan syarikat untuk memperluas kehadiran di setiap kawasan pembangunan kediaman di seluruh negara.
Cawangan terbaharu Harvey Norman menawarkan pelbagai produk seperti peralatan elektrik terkini dan komputer berteknologi AI. — Instagram/sunshinecentral.my
Majlis pembukaan tersebut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jason H’ng Mooi Lye, yang mewakili Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang; Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Cynthia Hwang dan beberapa eksekutif kanan Harvey Norman.
Jason dalam ucapannya berkata, pengembangan Harvey Norman dengan cawangan terbesar di Pulau Pinang membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi dan pertumbuhan konsisten di Malaysia.
Kedai itu ujarnya, bukan sahaja mengukuhkan sektor peruncitan tetapi juga menyokong visi negeri untuk mewujudkan landskap bandar yang lebih mampan dan boleh dihuni.
Sementara itu, Joseph yang juga penduduk Air Itam menyatakan keterujaannya terhadap kedai baharu ini.
“Ia bukan sekadar ruang runcit, tetapi lambang komitmen Harvey Norman terhadap kecemerlangan.
"Premis ini menawarkan rangkaian produk luas, perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi dan pengalaman membeli-belah yang memuaskan,” katanya.
Bagi memeriahkan majlis pembukaan, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk promosi eksklusif dan cabutan bertuah RM1 dengan hadiah seperti televisyen skrin besar dan telefon pintar.
Tawaran istimewa turut disediakan bersempena Tahun Baharu Cina, sekali gus menjadikan Harvey Norman destinasi utama untuk menaik taraf rumah dengan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
Harvey Norman, jenama terkenal dari Australia, mempunyai kedai utama di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan kehadiran global di Australia, Croatia, New Zealand, Ireland dan Slovenia.
Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan Sunshine Central dan promosi, layari laman Facebook Harvey Norman Malaysia. — The Star/BERNARD SEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram