[VIDEO] Lelaki selamba selongkar beg, bawa lari kad bank milik pemandu lori di Kajang


  • Tular
  • Selasa, 14 Jan 2025

Tangkap layar CCTV memaparkan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian tersebut di Kajang, Selangor, Khamis minggu lalu.

SEORANG lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian dalam sebuah lori di Pearl Avenue, Kajang, Selangor pada Khamis minggu lalu.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Selasa, lelaki tersebut dilihat menyelinap masuk ke dalam lori yang kosong di lokasi kejadian.

Dia kemudiannya menyelongkar tempat duduk penumpang sebelum menemukan sebuah beg dipercayai milik pemandu lori tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Bas persiaran bawa jemaah surau rempuh belakang lori di Sungai Bakap

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pekena' gam sebelum dera anak, budak 4 tahun maut hanya kerana muntah di pasar raya

Lelaki itu juga dilihat menggeledah beg tersebut dan membawa lari beberapa wang tunai dan kad bank.

Tindakan itu bagaimanapun tidak disedari oleh mana-mana orang awam yang berada di lokasi itu.

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram