SERAMAI 24 penumpang sebuah bas persiaran terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 157.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R0 Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Selasa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, seramai 23 mangsa cedera dalam kejadian pukul 4.16 dan kini menerima rawatan di dua hospital di negeri itu.
Katanya, siasatan mendapati bahawa bas persiaran tersebut didapati merempuh belakang sebuah lori kontena.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Pekena' gam sebelum dera anak, budak 4 tahun maut hanya kerana muntah di pasar raya
BACA LAGI: [VIDEO] Simen taman rekreasi di Bandung dicungkil-cungkil remaja taksub aplikasi buru syiling
"Terdapat 23 mangsa cedera termasuk dua pemandu bas manakala tiga tidak mengalami kecederaan.
"Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) serta Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, bas persiaran terbabit difahamkan dalam perjalanan membawa rombongan jemaah surau berkenaan untuk mengikuti program yang berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani, Kedah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram