POLIS sedang menyiasat video tular menunjukkan sekumpulan lelaki memasukkan kucing ke dalam guni di luar sebuah pangsapuri di Batu 9, Cheras, Selangor.
Klip terbabit menimbulkan kerisauan selepas kumpulan itu didakwa memindahkan kucing berkenaan kerana terdapat aduan mengenai haiwan tersebut di kawasan pangsapuri berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kumpulan individu tersebut telah membuat laporan polis untuk menafikan mereka mendera haiwan di dalam video yang tular.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki tercengang motor kena curi depan mata lepas keluar kedai runcit di Kota Bharu
Lokasi: Block A, Pangsapuri Meranti Cheras
Tarikh: 11/1/2025
Masa: Petang
Kejadian: Penduduk masukkan kucing2 yg masih hidup ke dlm guni, diikat & dibuang ke lokasi yg tidak diketahui. Minya ramai2 buat report pada @DVSMalaysia! pic.twitter.com/fH60zxnmt8
— Stray Free Foundation (@StrayFreeFndn) January 11, 2025
"Seorang lelaki yang mewakili kumpulan itu telah tampil membuat laporan balas bagi menafikan dakwaan penderaan haiwan," katanya pada Ahad.
Naazron menambah bahawa wakil yang hadir tersebut merupakan ahli jawatankuasa penduduk pangsapuri.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku pada Sabtu.
Tambah Naazron, semakan lanjut menunjukkan Jabatan Veterinar juga menyedari kejadian itu dan aduan telah difailkan terhadap jabatan tersebut. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram