TINDAKAN pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan dua buah bot kayu sarat penumpang dipercayai etnik Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi, Kedah pada Sabtu.
Ia sekali gus menyaksikan penahanan kali kedua pihak Maritim Malaysia selepas menahan sekumpulan 196 etnik pelarian Myanmar di Pantai Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat awal pagi Jumaat.
Berdasarkan rakaman tular di laman X, dua buah bot berkenaan dilihat cuba menceroboh masuk ke perairan negara namun dipintas sebuah bot peronda Maritim.
BACA LAGI: [VIDEO] Cipta resipi 'pisang maut' bunuh kera liar, petani dikecam perosak habitat haiwan
Semalam 1 bot rohingya mendapat dekat Langkawi, harini 2 bot rohingya Otw ke Langkawi. Orang Langkawi takkan nak pejam mata je, ramai ramai pergi tunggu dekat tepi pantai tu. pic.twitter.com/Fm7LjedkYx
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 4, 2025
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendarat di Pantai Teluk Yu itu merupakan pelarian Rohingya dari Myanmar selepas mereka belayar selama 10 hari sebelum terkandas di perairan negara.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, PATI berkenaan terdiri daripada 68 lelaki dewasa, 57 wanita dewasa, 32 kanak-kanak lelaki dan 39 kanak-kanak perempuan.
“Anggota polis digerakkan ke lokasi dan membuat tangkapan ke atas kesemua warga asing tersebut. Pada masa yang sama, Pasukan Polis Marin juga telah digerakkan untuk mengetatkan kawalan di Teluk Yu dan mengesan kemungkinan wujud baki bot yang menceroboh masuk.
“Kesemua tangkapan adalah dipercayai dari etnik Rohingya yang dipercayai berlepas dengan bot dari Myanmar lebih kurang 10 hari yang lepas," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Namun, setakat ini pihak Maritim Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berkaitan penahanan kali kedua tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram