Gandingan 3 pelakon 'bidadari' cetus fenomena, ramai tak cukup puas tonton telefilem Dosa Tak Terampun


  • Hiburan
  • Isnin, 06 Jan 2025

Tangkap layar telefilem Dosa Tak Terampun yang disiarkan di saluran RTM pada Sabtu lalu.

TELEFILEM Dosa Tak Terampun disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Sabtu lalu mencetuskan fenomena dalam kalangan penggemar karya tempatan.

Sarat dengan pengajaran yang menjentik emosi penonton, telefilem dibintangi pelakon hebat seperti Ogy Ahmad Daud, Wan Maimunah dan Nad Zainal itu nyata mengubati kerinduan masyarakat yang sudah lama tidak dihidangkan naskhah berkualiti sedemikian.

Menjadi bualan hangat warga maya, laman sosial rasmi RTM di Facebook turut dihujani komen yang rata-ratanya merayu agar telefilem berkenaan disiarkan semula.

BACA LAGI: Lahad Datu 'takluk' Amerika, ungguli carta top 5 filem pilihan media antarabangsa

BACA LAGI: Amy Mat Piah 'sebenar' dedah identiti Zul Kapan, nafi tak boleh menyanyi seperti dalam filem Rock

Paling mencuri perhatian, gandingan trio digelar 'bidadari' itu dikatakan cukup serasi dan meninggalkan kesan mendalam di hati penonton.

@tv1malaysiaofficial Kau puas sangat tengok dia terseksa? Kau puas? Panggung RTM | Dosa Tak Terampun | Sabtu 4 Januari 2025 pukul 9.00 malam di TV1 #tv1 #panggungrtm #dosatakterampun #drama #layandrama #tv1anotherlevel ♬ original sound - TV1 Malaysia Official

"Lakonan mantap tiga bidadari, ibu Wan Maimunah, Ogy dan Nad Zainal memang gandingan yang hebat, saat Wan Maimunah menangis memang tak boleh tahan, turut keluar air mata, boleh dijadikan pengajaran untuk kita," kata Lida Alinda.

"Tiga pelakon hebat dengan usia berbeza, seorang pelakon lelaki berbakat, sudah tentu lakon layarnya bagus," ujar Khalidah Kamaron.

"Ramai nak RTM tayang semula cerita ni, harap di Aidilfitri 2025 nanti ditayangkan semula cerita ni," kata Nazri Naz.

"Drama ni memang bagus sebab pelakon semua berkualiti, harap ada tayangan semula, biar kasi viral sampai semua tonton ramai-ramai," tambah Nisa Khir.

Difahamkan, telefilem itu diterbitkan pada 2022 namun baru ditayangkan pada Sabtu lalu atas faktor dalaman yang mendesak siarannya ditangguhkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram