'Fikir 2 kali sebelum buat jenayah', anggota polis auto kejung ketika demo 'taser gun' PDRM


  • 112
  • Isnin, 13 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan ujian pistol perenjat elektrik yang dilakukan oleh beberapa anggota PDRM sebelum ia dilaksanakan.

PENGGUNAAN pistol perenjat elektrik (taser gun) akan digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara menyeluruh bagi pegawai dan anggotanya ketika melaksanakan tugas harian.

Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, satu ujian menggunakan pistol tersebut dilakukan oleh beberapa anggota polis sebelum ia dilaksanakan.

Selain berfungsi sebagai senjata kurang berisiko atau meragut nyawa individu, ia juga bertujuan bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pihak polis dalam membasmi jenayah di Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Simen taman rekreasi di Bandung dicungkil-cungkil remaja taksub aplikasi buru syiling

BACA LAGI: [VIDEO] 'Banyak hikmah berlaku', penganjur Havoc Food Festival Setapak mohon maaf, penduduk marah kasari peniaga sebelum diarah tutup

Dalam video sama, kelihatan juga anggota polis terbabit tidak mengambil masa yang lama untuk merasa kesakitan daripada renjatan elektrik tersebut.

Justeru, orang awam diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang berunsur jenayah.

"Bagi saya kalau kena pukul masih boleh lawan, tetapi kalau kena pistol ini terus kejang.

"Jadi, sesiapa yang nak buat jenayah, baik fikir dua kali," kata pemilik video tersebut @sapik.y yang dipercayai anggota badan penguat kuasa itu.

Susulan video itu, rata-rata warga maya turut menyokong usaha baik PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan keselamatan di negara ini.

"Bagus, penggunaan pistol ini memang patut. Harap dengan penggunaan taser gun fikirlah dua tiga kali sebelum kena," komen @alimzazaz.

"Alhamdulillah kalau boleh ciri-ciri ini diteruskan," tulis @SuperringMY. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram