TERSILAP tekan minyak dipercayai punca sebuah kenderaan merempuh sebuah motosikal sebelum melanggar dinding kaca sebuah stesen minyak di Taman Cindai Jaya dekat Sungai Petani, Kedah pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail, kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu seorang warga emas berusia 83 tahun itu, dikatakan baharu sahaja selesai mengisi minyak di stesen berkenaan.
"Akibat kemalangan tersebut, bahagian hadapan sebelah kiri kereta kemek dan lampu hadapan sebelah kiri pecah manakala motosikal yang diletakkan di parkir, pecah lampu belakang, tayar dan bahagian belakang.
BACA LAGI: Mayat wanita dengan kesan tikaman di leher, badan ditemui di tanah perkuburan di Rawang
BACA LAGI: [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil
"Kejadian yang berlaku pukul 10.03 pagi Ahad itu tidak melibatkan kecederaan pada mangsa atau orang awam yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tersilap tekan minyak dipercayai punca sebuah kenderaan merempuh sebuah motosikal sebelum melanggar didnding kaca sebuah stesen minyak di Taman Cindai Jaya dekat Sungai Petani, Kedah pada Ahad. pic.twitter.com/laTYTFiWNI
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 13, 2025
Tambah beliau lagi, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku setelah pemandu kereta selesai mengisi minyak.
"Pemandu tidak sengaja telah tertekan pedal minyak sehingga terlanggar bahagian belakang motosikal yang diletakkan di kawasan parkir.
"Kedua-dua kenderaan terus menuju ke hadapan sehingga menyebabkan dinding kedai di stesen minyak pecah.
"Akibat kemalangan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kesemua yang terlibat telah dinasihatkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk melakukan pemeriksaan kesihatan," katanya.
Kes disiasat bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/59. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram