GARA-GARA kecuaian orang lain, seorang wanita maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta sehingga tercampak ke atas kereta lain di Kilometer 48.2, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Sungai Petani, Kedah pada Ahad.
Dalam insiden malang pukul 8 malam Ahad, mangsa wanita berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku dalam hujan lebat membabitkan motosikal SYM Bonus dinaiki mangsa dengan kereta Proton Wira dan Honda City.
BACA LAGI: Mayat wanita dengan kesan tikaman di leher, badan ditemui di tanah perkuburan di Rawang
BACA LAGI: [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berada di simpang mahu membelok ke kanan ke Taman Permai Pura, Kedah. Sebuah Proton Wira yang datang dari arah belakang tidak sempat membrek lalu merempuh belakang motosikal terbabit.
“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke hadapan sebelum terkena bahagian hadapan kereta Honda City yang berada di laluan bertentangan.
“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Gara-gara kecuaian orang lain, seorang wanita maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta sehingga tercampak ke atas kereta lain di Kilometer 48.2 Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Sungai Petani, Kedah pada Ahad. pic.twitter.com/5GprKksQSn
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 13, 2025
Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu Proton Wira berusia 24 tahun yang gagal menjaga jarak ketika mengekori kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.
Katanya, saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadap pemandu terbabit didapati negatif dadah, namun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram