[VIDEO] Simen taman rekreasi di Bandung dicungkil-cungkil remaja taksub aplikasi buru syiling


  • Benua
  • Isnin, 13 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan simen yang retak selepas dirosakkan oleh remaja yang terpedaya dengan aplikasi tersebut. — Agensi

GARA-GARA terlalu taksub terhadap aplikasi memburu wang, sekumpulan remaja bertindak melakukan vandalisme di sebuah taman rekreasi Taman Sukajadi, Kota Bandung, Indonesia minggu lalu.

Perbuatan itu sekali gus menyebabkan beberapa kerosakan fasiliti awam serta tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan taman terbabit.

Pemangku Ketua Taman dan Hiasan (DPKP) Kota Bandung, Yuli Eka Dianti berkata, vandalisme itu juga berlaku di beberapa taman rekreasi lain seperti Taman Sukajadi, Maluku, Tegalega, Taman Haiwan Peliharaan, Taman Panda dan Taman Dewan Bandaraya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Banyak hikmah berlaku', penganjur Havoc Food Festival Setapak mohon maaf, penduduk marah kasari peniaga sebelum diarah tutup

BACA LAGI: Tingkat kesalinghubungan laluan udara, Pulau Pinang perkukuh sektor pelancongan di Malaysia di mata dunia

Yuli berkata, remaja terbabit bertindak sedemikian demi mencari syiling emas yang dikatakan boleh menjana pendapatan dengan menukar kepada wang tunai menerusi aplikasi Jagat.

Dalam kejadian itu, remaja terbabit mencari syiling tersembunyi itu dengan menggali tanah, tumbuh-tumbuhan dan rimbunan daun kering.

Namun, lebih parah apabila mereka bertindak di luar kawalan sehingga memecah dan mencungkil simen lantai di kawasan terbabit.

Pihak penyedia aplikasi tersebut bagaimanapun mengatakan bahawa mereka akan menggesa pengguna agar tidak merosakkan kemudahan awam lagi.

Sebelum ini, seorang remaja mengakui bahawa sengaja melakukan perbuatan itu selepas mendengar kisah daripada rakan sekerjanya yang berjaya menukar syiling kepada wang sebanyak RM249 (900,000 Rupiah) melalui aplikasi itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram