'Win-win situation', khemah biru kini diganti payung pantai di Port Dickson


  • Primer
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Payung pantai yang lebih menarik digantikan dengan khemah biru di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. — J Arul

ISU khemah biru yang membelenggu pengunjung pantai peranginan di Port Dickson, Negeri Sembilan kini diatasi dengan inisiatif baharu.

Deretan khemah itu juga diletakkan di tiga kawasan pantai iaitu Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

Susulan itu, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengambil keputusan untuk menggantikan khemah biru kepada payung pantai yang lebih menarik dan tersusun.

BACA LAGI: [VIDEO] Teluk Kemang jadi Teluk 'Khemah Biru', ramai gesa PBT ubah strategi elak cacatkan pemandangan

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada lagi 'Teluk Khemah Biru', ramai puas hati pemandangan terkini Pantai Teluk Kemang

473219702_10235739789577784_5436395920455168432_n

Isu khemah biru itu diselesaikan dengan pemasangan payung pantai yang lebih menarik. — J Arul

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, MPPD sudah menyerahkan lapan payung, 16 kerusi dan lapan meja kepada setiap pengusaha yang melibatkan 33 pengusaha di Pantai Teluk Kemang.

"Setakat ini, sebanyak 33 plot disediakan dan setiap perniagaan payung pantai dibenarkan di plot tersebut sahaja dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh MPPD.

"Pantai Teluk Kemang mempunyai keluasan 1.2km dan penyediaan 33 plot ini melibatkan 600m sahaja.

"Ini bermaksud, hanya separuh pantai daripada keseluruhan Pantai Teluk Kemang mempunyai plot untuk pemasangan payung pantai dan separuh lagi masih terbuka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Katanya, keputusan itu adalah satu keputusan win-win melibatkan semua pihak, iaitu MPPD, pengusaha dan pengunjung.

Beliau pada masa sama tidak menafikan bahawa terdapat pihak yang masih tidak bersetuju dengan keputusan itu.

"Namun, kita juga perlu mengambil kira kesan kepada 33 pengusaha yang bergantung kepada sumber pendapatan ini lebih 10 tahun.

"Pengusaha bagaimanapun juga perlu patuh kepada setiap arahan MPPD dan tidak boleh menutup atau memonopoli mana-mana kawasan di pantai awam tersebut," jelasnya.

Tambahnya, penyerahan payung pantai itu adalah sumbangan daripada MPPD untuk menyelesaikan isu khemah biru yang telah berlarutan lebih lima tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram