SUASANA Pantai Teluk Kemang di Port Dickson, Negeri Sembilan kembali akibat dipenuhi dengan deretan khemah biru, sekali gus membuatkan orang ramai menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil inisiatif baharu sebagai strategi tarikan pengunjung.
Sebelum ini, isu tersebut sememangnya pernah dibangkitkan sejak 2022 lagi apabila kebanyakan pengunjung membuat aduan mengatakan bahawa tindakan meletakkan khemah mengganggu pemandangan pantai.
Menurut mereka, setiap khemah yang perlu dibayar sewa itu sama sekali tidak menguntungkan pengunjung untuk menikmati keindahan pantai terbabit.
BACA LAGI: Terperangkap di orbit, 2 angkasawan AS kongsi pengalaman bau angkasa ketika bertahan di ISS
BACA LAGI: [VIDEO] Elak risiko, teknologi dron bantu pihak berkuasa buat operasi kawalan mencabar
Ada juga yang beranggapan bahawa tindakan itu sekali gus membebankan terutamanya kepada pengunjung kurang berkemampuan.
"Pantai adalah satu tempat paling bajet untuk sekeluarga bercuti, tapi terus terang aku kecewa dengan Port Dickson.
"Bagi aku khemah ni cacatkan pemandangan pantai, bagi yang tak mampu pula akan rasa terbeban.
"Tak seronok nak lepak tepi pantai macam ini. Kalau diteruskan begini, PD akan mati dan pengunjung akan pilih lokasi yang lebih banyak pokok bukan khemah," kata pengguna akaun Facebook Iem Sarimah.
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sebelum ini juga pernah megeluarkan kenyataan bahawa keputusan untuk membenarkan peniaga khemah menjalankan perniagaan sewaan itu adalah disebabkan permintaan yang tinggi diterima daripada pengunjung terutamanya ketika cuti umum.
MPPD pada masa sama memaklumkan pihaknya sentiasa memantau keadaan di pantai berkenaan bagi memastikan keselamatan dan keharmonian pengunjung.
Ia bagaimanapun tidak mampu memberi kepuasan apabila masih ramai pengunjung yang membantah dan menggesa pihak bertanggungjawab mengubah strategi itu menjelang 2025 nanti.
"Dah boleh tukar nama rasanya jadikan Pantai Teluk Kemang kepada 'Pantai Teluk Khemah Biru'," seloroh Deen Mee.
"Sudah tiba masanya kita buang semua khemah yang hancurkan pemandangan di pantai ini," komen @bitcoinmalaya.
Sementara itu ada juga yang mencadangkan agar pihak MPPD membuat peraturan baharu untuk menjana ekonomi di kawasan tersebut sekiranya kebenaran meletakkan khemah masih diteruskan.
"Saya cadang lepas ini baik pasang pagar dekat pantai, sesiapa nak mandi laut kena bayar RM20 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak.
"Barulah menjana ekonomi katanya," tulis Zamin Mebius. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,