Penganjuran 'Geopark Explorace' promosi tarikan sekitar Batu Arang


  • Primer
  • Rabu, 08 Jan 2025

Acara itu sememangnya meriah dengan penyertaan orang ramai serta petugas dari agensi kerajaan dan PBT.

MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan 'Geopark Explorace: Discover Batu Arang' untuk memperomosikan Bandar Warisan Batu Arang sebagai antara lokasi tarikan di Gombak-Hulu Langat Geopark.

Acara tersebut turut dianjurkan dengan sasaran menggalakkan gaya hidup sihat selain mewujudkan persefahaman baik dalam kalangan komuniti di Gombak, Selangor yang terkenal dengan aktiviti perlombongan.

Seramai 212 peserta dari 53 kumpulan menyertai aktiviti penerokaan tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

BACA LAGI: Aktivis sosial cadang MPS bina parkir luar padang tampung 300 kediaman di Taman Indah Perdana

BACA LAGI: Lebih murah beli ubat dipreskripsi di farmasi komuniti, nasihat MPS

Pelbagai aktiviti menarik dipertandingkan dalam aktiviti perlumbaan 'explorace' itu.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT), ahli Jawatankuasa Zon Penduduk, petugas di pelbagai jabatan kerajaan serta agensi kerajaan dan orang awam.

Timbalan Presiden MPS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi hadir menyampaikan hadiah dalam majlis penutup.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MPS mengumumkan pemenang merupakan pasukan UiTM Commandos yang menamatkan perlumbaan dalam tempoh masa tersingkat selain berjaya mencatatkan mata tertinggi.

"Pasukan ini menamatkan acara dalam masa lima jam 46 minit yang merupakan catatan masa terbaik selain mengumpul markah mencecah 70.5. Mereka dinobatkan sebagai juara," katanya.

470192650_1005337138301861_7853838326403424069_n

Acara ini turut dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Tempat kedua dan ketiga disandang pasukan Yang Manis-Manis (66 mata) dan pasukan OC9 (62 mata).

Juara menerima trofi dan wang tunai RM2,000 manakala pasukan yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000.

S. Sinnapan memenangi anugerah khas dalam kategori "Peserta Terkuat".

Majlis penutup dan penyampaian hadiah diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh murid-murid SJK (C) Chap Khuan dan Sekolah Tarian Kasthuri Laya Rawang.

Aktiviti lain yang turut diadakan adalah sesi Zumba, bengkel mewarna dan cabutan bertuah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram