MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah — Anthony Loke


  • Primer
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Tambang bas sekolah dijangka akan dinaikkan dalam lingkungan antara RM5 ke RM10 bermula Februari depan. — Gambar Hiasan

KEMENTERIAN Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat peningkatan harga tambang bas yang dikatakan bakal naik pada sesi persekolahan 2025, Februari ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pihaknya tidak bertanggungjawab mengawal harga tambang bas sekolah kerana ia bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian.

"Tambang bas sekolah bukan di bawah tanggungjawab MOT jadi kita tidak boleh kawal.

BACA LAGI : Peningkatan kos operasi punca tambang bas sekolah naik sehingga RM10 bermula Februari

BACA LAGI: [VIDEO] Baru nak santai bawa motosikal, lelaki terkejut jumpa mayat ada kesan calar di Sungai Damansara

"Sebarang peningkatan perlu melibatkan perbincangan di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha bas itu sendiri," katanya.

Anthony Loke berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab mengawal harga tambang bas sekolah kerana ia bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kenaikan tambang bas sekolah yang dijangka meningkat antara RM5 hingga RM10 selepas sidang media mengenai Pengumuman Perubahan Jadual KTM Komuter di Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang, Selangor pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menggesa Kementerian Pengangkutan untuk campur tangan bagi menghalang kenaikan tambang bas sekolah yang dijadualkan bermula Februari ini.

Pada Rabu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusof, berkata pengusaha bas telah menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan tambang, namun keputusan akhir akan dibuat berdasarkan persetujuan antara mereka dan ibu bapa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram